konsert “Exists X Okestra” berjaya memukau peminat dengan nyanyian shadu menggamit nostalgia

- Advertisement -

konsert Exsits X Okestra yang telah berlansung pada 22 Disember lepas membawa kembali pengalaman nostalgia yang tidak munkin akan dilupakan oleh peminat-peminat yang datang untuk menyaksikan konsert tersebut.

konsert yang berlansung lebih 2 jam di Megastar arena kuala Lumpur telah membawa seramai 6000 penonton untuk hadir dan memenuhi arena pada malam tersebut. Sebanyak 25 lagu telah dipersembahkan dan penonton turut mengikut menyanyi bersama setiap lagu-lagu yang dipersembahkan.

Kumpulan yang berusia 32 tahun dalam industri muzik tanah air, ianya pastinya membuatkan peminat mengimbau nostalgia dengan dendangan syahdu, nyanyian merdu yang memukau setiap penonton yang hadir.

Exists membariskan vokalis Ezat Lazim dan mamat, Along gitaris, Ajai keyboardist, Musa basis dan Ujang drummer. Kolaborasi bersama pada konsert tersebut adalah 30 pemuzik Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang memberikan persembahan yang menakjubkan dan bukti kematangan Exists setelah 3 dekat berkumandang dalam industri muzik tanahair.

Membuka persembahan pada malam itu dengan lagu “Jangan Gentar”, Ezad turut meluahkan rasa terharu apabila peminat menyanyi bersama semua lagu yang disampaikan.

“Saya tak sangka masih ramai lagi peminat yang mengingati lirik lagu-lagu kami,” katanya.

persembahan diteruskan dengan lagu-lagu popular mereka seperti “Seperti Dulu”, “Masih Terserlah Ayumu” dan “Hilang Dalam Ramai” sebelum Mamat membuat penampilannya dengan lagu “Sebelum Terlewat” dan “Nota Di Lautan Sepi”.

Diteruskan lagi dengan untaian lagu hit lain seperti Rahsia Pohon Cemara, Jesnita, Janji Padamu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Langkah Seiringan dan ditutup dengan Alasanmu.

“Untukmu Ibu” yang dipersembahkan dengan susunan baru khas buat konsert pada malam itu jelas membuatkan jiwa – jiwa yang hadir pada malam itu terpaku terkesima dibuai asyiknya nyanyian mamat bersama – sama nostalgia yang ada pada lagu tersebut.

Persembahan pada malam itu juga menyaksikan Ezad dan Mamat bergilir – gilir mendendangkan lagu – lagu popular Exists yang kekal segar dan ianya juga dinyanyikan bersama oleh para penonton yang majoritinya bukan sahaja tahu lagu – lagu Exists bahkan menjiwai setiap bait – bait senikata dalam lagu – lagu yang didendangkan pada malam itu

Suara mereka seolah oleh “Telan Kaset” yang mana telah mengembalikan nostalgia yang susah untuk dilupakan selama 3 dekat Exist dalam industri muzik tanahair.

Yang istimewanya adalah segmen khas, Exists menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), replika cek berkenaan diterima oleh presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez.

Sumbangan itu diperoleh menerusi hasil kutipan sebanyak RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert yang berlangsung di Mega Star Arena, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat