Ruji bukan pemimpin bermusim, Merotai perlukan YB bekerja bukan cuma tabur janji – Saifuddin Nasution

TAWAU – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merotai Datuk Ruji Ubi bukan pemimpin bermusim, sebaliknya sosok yang turun padang, mendengar, memahami dan bertindak demi kepentingan masyarakat.

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga bekas ‘boss’ Ruji memberitahu, calon PKR Merotai itu memiliki kredibiliti, pengalaman dan iltizam yang diperlukan untuk membawa Merotai ke arah masa depan yang lebih tersusun dan sejahtera.

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum rakyat Sabah memilih dan saya harap pengundi N72 Merotai dapat beri peluang kepada calon PH di sana, Datuk Ruji Ubi untuk berkhidmat sebagai Adun mereka.

“Saya kenal Datuk Ruji Ubi secara dekat, baik dari sudut peribadi mahupun profesional, sebagai seorang pemimpin yang konsisten, berintegriti dan benar-benar memahami realiti kehidupan rakyat di Merotai.

“Beliau bukan pemimpin bermusim, sebaliknya sosok yang turun padang, mendengar, memahami dan bertindak demi kepentingan masyarakat. Datuk Ruji memiliki kredibiliti, pengalaman dan iltizam yang diperlukan untuk membawa Merotai ke arah masa depan yang lebih tersusun dan sejahtera,” kata Saifuddin.

Menteri Dalam Negeri itu memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menzahirkan keyakinan terhadap kebolehan Ruji sebagai pemimpin yang memahami aspirasi Kerajaan Madani serta mampu melaksanakannya secara efektif di peringkat akar umbi.

“Beliau menghayati nilai-nilai seperti keadilan, ihsan, kesejahteraan dan tadbir urus berintegriti selari dengan hala tuju Malaysia Madani yang mementingkan rakyat sebagai teras utama.

“Inilah kepimpinan yang Merotai perlukan iaitu kepimpinan yang bekerja, bukan sekadar berjanji. Kepimpinan yang dekat di hati rakyat dan teguh membawa aspirasi Kerajaan Madani ke realiti kehidupan seharian,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat