KOTA KINABALU – Budaya lompat parti menyebabkan kerajaan negeri Sabah tidak stabil, tegas Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengulangi gesaan supaya pengundi-pengundi Sabah tidak mengulangi memilih pemimpin yang pernah melompat parti.
“Jangan ulangi memilih pemimpin yang pernah melompat parti.
“Apabila tiada kestabilan, wakil rakyat akan lebih sibuk berpolitik daripada memberikan khidmat bakti dan fokus kepada pembangunan serta kebajikan rakyat Sabah akan terganggu.
“Banyak pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional di Sabah telah dihentikan selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2018, sekali gus memberi kesan kepada usaha menaik taraf infrastruktur negeri,” katanya dalam siri jelajah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, malam tadi.
Justeru Johari menggesa supaya pengundi memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) yang terbukti boleh memberikan kestabilan politik kepada kerajaan negeri Sabah.
“Radu tetap radu. Radu sampai menang. Bikin balik Sabah! seru Johari.



