Google rai Saloma menerusi ‘doodle khas’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan, Google memaparkan ‘doodle khas’ Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini.

Ia sempena tarikh penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada pelakon dan penyanyi legenda itu oleh Kerajaan Malaysia pada 26 November 1978.

Allahyarham Saloma atau nama sebenarnya, Salmah Ismail bukanlah nama asing dalam dunia muzik dan perfileman Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal dengan kelunakan suara, malah menjadi bintang filem popular sekitar 1950-an hingga awal 1980-an.

 

Google memaparkan ‘doodle khas’ Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini.
Google memaparkan ‘doodle khas’ Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini.

 

Isteri kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu banyak membintangi filem arahan suaminya seperti Labu Labi, Seniman Bujang Lapok, Keluarga 69 dan Madu Tiga.

Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1932 mula mengasah bakat nyanyian pada usia tujuh tahun. Meningkat remaja, Saloma bergelar penyanyi secara profesional dengan membuat persembahan di kelab malam dan majlis perkahwinan.

Antara lagu popularnya yang sering berkumandang pada majlis perkahwinan adalah lagu Selamat Pengantin Baru ciptaan P Ramlee sendiri.

Tidak hanya itu, isteri ketiga P Ramlee itu juga popular dengan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang, Malam Ku Bermimpi dan Bila Larut Malam.

 

Allahyarham Puan Sri Saloma banyak membintangi filem arahan suaminya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Allahyarham Puan Sri Saloma banyak membintangi filem arahan suaminya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Penyanyi yang dikatakan memiliki suara lunak bak buluh perindu turut dilabelkan sebagai ‘Perintis Fesyen Malaya’, pada zaman kegemilangannya.

Menerusi laman sosial, Twitter Google Malaysia berkongsi serba sedikit mengenai Biduanita Negara itu.

“Hari ini, kami meraikan pelakon, penyanyi, ikon fesyen, Saloma dengan doodle istimewa sempena ulang tahun ke-42 penganugerahan sebagai Biduanita Negara pertama Malaysia.

“Terima kasih, Saloma kerana menggunakan bakat seni anda untuk memberi ilham kepada peminat yang mengenali dan mencintai karya anda,” tulis Google Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat