Dulu diketawakan, kini Zoey dah jutawan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengakui digelakkan rakan sekeliling ketika mahu menjalankan perniagaan kosmetik.

Zoey, 35, berkata, mereka juga memperkecil dan mempersoalkan sama ada berniaga kosmetik ini boleh menjadi kaya atau tidak.

“Saya mula buat bisnes Mika Series pada 2017. Banyak halangan dan dugaan saya tempuhi.

“Mulanya kawan-kawan gelakan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ini. Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai mekap untuk buat promosi.

“Malah ada persoal adakah boleh kaya buat kosmetik ini. Biasanya kosmetik ini kaya sekejap saja. Selepas dua sehingga lima tahun mesti akan jatuh. Baru-baru ini ada lagi bertanya, adakah betul saya nak jual produk di Watsons. Adakah Watsons terima produk tempatan macam saya punya? Mampukah produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain? Apatah lagi dengan musim pandemic Covid-19. Kemudian mereka senyum sinis seolah-olah memperlekehkan semangat saya,” katanya.

Namun, Zoey berkata dia sentiasa percaya pada rezeki Allah SWT.

“Saya yakin rezeki Allah ada di mana saja. Selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada, saya percaya kalau kita ikhlas dan berikan yang terbaik untuk pelanggan dari segi kualiti dan perkhidmatan, saya yakin pelanggan akan cari kita. Percayalah!

“Untuk berjaya, kita harus ‘pekakkan’ telinga dengan kata-kata cacian dan ‘butakan’ mata dengan halangan di hadapan. Dari mana kita berasal itu tidak penting, apa yang penting ke mana langkah kita seterusnya untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat