Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...

Chris Evans Beri ‘Hint’ Untuk Kembali Sebagai Captain America Di MCU

Filem Avengers: Endgame sebelum ini pernah menggemparkan dunia dengan gugurnya watak Ironman dan Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Rata-rata peminat filem Marvel meratapi kesedihan disebabkan...

Hidangkan Keluarga Anda Dengan 4 Resipi Masakan ‘Buttermilk’ Yang Ringkas Dan Enak Ini

Bila cakap pasal hidangan ayam buttermilk saja semua pasti terliur terus! Mana taknya, ayam goreng yang ranggup disaluti dengan kuah yang creamy dan likat,...

KUCHING – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada mesyuarat hari ini, memutuskan penamatan PKPB itu berkuatkuasa pada jam 11.59 malam esok.

Jurucakap Sekretariat JPBN berkata, keputusan itu diambil selepas daerah Kuching sudah bertukar daripada status zon merah kepada zon jingga dengan kes jangkitan tempatan dilaporkan sebanyak 30 kes sehingga hari ini.

“JPBN Sarawak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada

semua agensi dan semua penduduk daerah Kuching khususnya di atas kerjasama dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan sehingga kes jangkitan tempatan dapat dikawal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PKPB dikuatkuasakan di daerah Kuching bermula 9 hingga 22 November lalu susulan peningkatan mendadak jangkitan ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda.

PKPB di daerah itu kemudian dilanjutkan lima hari lagi sejak Isnin lalu hingga esok.

Sementara itu, katanya, empat jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini dengan semuanya berlaku di Kuching.

“Keempat-empat kes baharu itu adalah kes import dengan dua daripadanya membabitkan rakyat tempatan yang baru balik dari Sabah, semalam.

“Dua kes lagi membabitkan rakyat tempatan iaitu ahli keluarga pegawai keselamatan di Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat yang baru balik dari wilayah itu Selasa lalu,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Ingkar SOP: PDRM Bertindak Tegas, Tiada Lagi Budi Bicara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi...

PKP: Kelantan Hadkan 12 Jemaah Tunai Solat Jumaat, Fardu

KOTA BHARU - Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan ini bagi masjid...

Geramm Minta Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Media

KUALA LUMPUR - Gerakan Media Merdeka (Geramm) meminta kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pemimpin politik agar mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak...