COVID-19: Jerman sambung perintah sekatan hingga Januari

- Advertisement -

BERLIN: Jerman melanjutkan perintah sekatan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasa ketika ini hingga awal Januari tahun hadapan.

Canselor Jerman, Angela Merkel, semalam mengesahkan perkara itu dan berkata, perintah itu akan diteruskan hingga tempoh berkenaan kecuali terdapat penurunan ketara jangkitan virus walaupun mengakui ia tidak mungkin berlaku.

Katanya, langkah yang diperkenalkan sejak awal bulan ini, termasuk mengehadkan jumlah perhimpunan tertutup dan menutup restoran, kemudahan sukan dan rekreasi serta budaya tidak boleh ditamatkan berikutan trend peningkatan jangkitan kes ketika ini.

“Perintah kawalan ini diteruskan pada awalnya hingga 20 Disember ini namun disebabkan kes jangkitan masih tinggi maka peraturan perintah sekatan ini akan terus dilaksana hingga awal Januari tahun hadapan, ” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat