‘Tanpa Uncle Mamat siapalah saya’ – Afea ‘Yah Kuchai’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pemergian Allahyarham Mamat Khalid yang juga mentor dan gurunya dalam lakonan amat mengejutkan Afea Deanna Baharudean sehingga tidak mampu mengeluarkan sebarang kenyataan dan hanya menjawab ‘no komen’ ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Bagaimanapun hari ini suasananya agak berbeza apabila pemegang watak Yah Kuchai yang mula dikenali menerusi drama Kampong Pisang Bersiri-Siri ini sudah mempunyai kekuatan untuk bercerita pengalamannya bersama Mamat.

Afea, 21, mengakui amat terhutang budi terhadap insan yang dipanggil Uncle Mamat ini.

“Sepanjang saya tinggal bersama keluarganya, arwah layan saya dengan baik sekali seakan-akan saya sebahagian daripada keluarganya. Sebenarnya saya masih dalam kemurungan. Tak sangka arwah tinggalkan kita begitu awal. Tanpa dia saya takkan berada di sini.

“Tanpa arwah saya takkan jadi seseorang yang berani. Uncle banyak mempengaruhi saya. Setiap hari dia akan pasang lagu kegemarannya dan bermula dari situ saya pun turut meminati lagu yang arwah minat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, Mamat Khalid juga sering menonton filem terkenal dari Barat dan banyak koleksi filem yang disimpannya yang memberi pengaruh terhadapnya.

“Saya takkan lupa semua memori itu. Juga saya takkan lupa kata-kata semangat yang arwah beri kepada saya. Tanpa kata-kata semangat itu..saya takkan ada di sini,” katanya.

Ditanya sekiranya dia ditawarkan terbabit dalam projek terbaru Allahyarham, Afea berkata, ia tidak berlaku.

“Sebenarnya saya tak tahu apa-apa perancangan arwah. Kali terakhir saya berhubung dengan Uncle ialah pada akhir Jun menerusi WhatsApp. Itu sahaja, tiada bercakap mengenai projek terbaru,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat