PRN Melaka : Kerajaan Jamin Tiada ‘Double Standard’ Dalam Pematuhan SOP – Wan Junaidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan beri jaminan tidak ada berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membabitkan Jemaah Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

“Saya akan bangkit perkara ini dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Saya akan meminta menteri jangan menyalahgunakan SOP ditetapkan MKN dan KKM yang akan dilaksanakan SPR, nanti.

“Kita tidak mengamalkan ‘double standard’, saya berharap tiap-tiap pihak (beri kerjasama), saya bercakap bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan SPR.

“Ada dua pihak di sini, satu SPR mahukan proses demokrasi berjalan iaitu membenarkan kesemuanya berpandukan apa ditetapkan MKN dan KKM. Kalau undang-undang dilaksanakan satu pihak, mesti dilaksanakan pihak lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) mengenai jaminan kerajaan, majlis rasmi kerajaan tidak dianjurkan oleh mana menteri Kabinet untuk kempen PRN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat