PRN Melaka: UMNO Wajar Ketengahkan Calon Muda – Hafiz Ariffin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin berkata, UMNO wajar ketengahkan calon-calon muda untuk UMNO dilihat komited dalam agenda pembaharuan .

Jelas beliau, kebanyakkan pengundi ingin melihat wajah dan bakat baru bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

“Saya kongsikan pandangan dan hasrat rakan-rakan orang muda berkenaan PRN Melaka kepada pimpinan parti semasa mesyuarat Pemuda Malaysia sebentar tadi.

“Amat penting untuk UMNO membuat keputusan yang tepat khususnya dalam strategi kerjasama politik dan pemilihan calon-calon yang bakal diletakkan wajar mengambil kira orang muda kerana pengharapan untuk melihat wajah dan bakat baru amat tinggi.” katanya melalui catatan Facebook.

Selain itu ujarnya lagi,  UMNO juga harus memberikan cerminan yang baik kepada rakyat ketika berpilihanraya dalam suasana pandemik ini, kerana rakyat baru sahaja menerima kebebasan dan kelonggaran untuk meneruskan kehidupan secara normal.

Kita tidak mahu PRN menjadi sebab usaha memerangi pandemik ini sia-sia dan parti yang disalahkan.

“PRN ini boleh menjadi ruang dan peluang atau sebaliknya. Sebagai orang muda parti, semestinya saya mahukan parti saya berjaya dan dihormati rakyat. Tugasan dan tanggungjawab ini dipikul bukan bersendirian tetapi sebagai sebuah pasukan . InsyaAllah semoga ikhtiar ini berhasil dan beroleh kejayaan.” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan melalui kenyataan pada Isnin berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan pada minggu hadapan bagi membincangkan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

UMNO memaklumkan pihaknya tidak akan terburu-buru dalam menentukan kedudukan bersama gabungan Parti Bersatu dan Pas itu, sebaliknya mahu mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

Shahril  yang memberitahu mesyuarat tersebut juga akan membincangkan strategi jentera parti.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat