PAS terima dan sokong Keluarga Malaysia diperkenal PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara, seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa parti Islam itu menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, berteraskan nilai keterangkuman dan kebersamaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan RMK-12 dan Belanjawan 2021.

“PAS menerima realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia dengan memperkenalkan konsep adil untuk semua, tiada paksaan dalam beragama dan wajib tolong-menolong antara satu sama lain, di atas konsep perpaduan umat manusia yang merupakan satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“PAS melalui pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua telah pun direalisasikan, melalui hak beragama, bermasyarakat dan berkebajikan yang dipelihara oleh kerajaan di bawah kepimpinan Islam,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat