Email Pembaca: Tamrin Kalau Nak Berhujah, Biarlah “Masuk” Dengan Tajuk

- Advertisement -

NAMPAKNYA keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan Pulau Batu Puteh ini, benar-benar menjejaskan banyak pihak sebelah sana.

Bermacam cara dan kata diguna pihak tak bersetuju untuk menolak keputusan kerajaan tersebut – setidak tidaknya, secara tidak langsung.

Maklumlah, ini isu berkaitan dengan kedaulatan negara, tolak secara langsung nanti, dilabel sebagai pengkhianat pulak ya.

Tapi tidak ada satu pun yang boleh melawan pendekatan diambil Dato’ Tamrin Tun Abdul Ghafar yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sesiapa pun yang membaca nukilan terbaru di blognya tahu bahawa Tamrin tak berpuas hati dengan keputusan kerajaan itu, termasuk komen DYMM Sultan Johor mengenai isu tersebut. Pada Tamrin, keputusan itu umpama “mengeluarkan mayat dari kubur”.

Tak setujulah tu kan?

Anehnya, kalau tak bersetuju sekalipun, kenapa tak berhujah secara fakta mengenai perkara itu sahaja seperti mana yang dilakukan Dr. Mahathir selaku individu yang bertanggungjawab membatalkan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh beberapa minggu sebelum perbicaraan bermula pada tahun 2018?

Sekalipun penjelasan Dr. Mahathir dihentam kiri dan kanan, sekurang-kurangnya ia masih dalam skop perbincangan. Yang Dato tulis ini bukan setakat menyeleweng dari isu sebenar malah dah sampai ke tahap cuba memfitnah serta mengadu domba.

Dato ada bukti ke atau hanya sekadar cerita?

Sebagai permulaan, apa kaitan peristiwa lebih 300 tahun dulu dengan keputusan kerajaan PH membatalkan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pada tahun 2018? Atau siapa kena pukul, atau siapa kena tangkap dan sebagainya?

Hakikatnya Dato, laporan polis boleh dibuat, laporan polis pun boleh ditarik balik. Malah dah sampai mahkamah pun, ada proses selesai luar Mahkamah. Ini semua bukan cerita baru, lama dah.

Tak perlulah berselindung di sebalik laporan orang lain, kalau ada bukti, Dato sajalah yang buat laporan selepas itu sama-sama lihat perkembangannya.

Sementara itu, nak maklum pada Tamrin, kami rakyat ramai nak tahu apa disebalik alasan menarik balik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh ini yang hakikatnya bukan agenda utama kerajaan Pakatan Harapan pun tapi ia adalah antara yang pertama dilaksanakan Pakatan Harapan tak lama selepas jadi kerajaan.

Menang 9 Mei, batal keputusan 29 Mei, tak sampai sebulan. Yang dok janji macam-macam, hampir kesemuanya tak pernah dilaksanakan sampai ke sudah! Apa istimewanya disitu? Ini yang hairan, macam ada udang sebalik batu.

Patutnya selepas menang, menggembirakanlah rakyat negara ini, bukan rakyat negara seberang!!

Untuk yang seangkatan dengan Tamrin, Pulau Batu Puteh ini bukan sekadar Johor sahaja, ini juga isu negara. Kalau Pulau Batu Puteh dapat kepada kita, bukan setakat nelayan, pelancong, kapal Johor saja yang boleh sampai ke situ, dari satu Malaysia ini pun boleh juga tau.

Ini soal kedaulatan negara Dato, sejak bila soal kedaulatan menjadi basi atau lama? Banyak negara masih bertelingkah, ada hampir nak berperang kerana isu kedaulatan, kita pulak nak menyerah macam itu saja sebelum melawan?

Dang Anun
Kota Tinggi, Johor

Nota kaki: Pandangan penulis ini adalah pandangan peribadi, tidak semestinya mewakili pandangan portal ini.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat