Ada sebab Ayu Ting Ting tak benarkan bekas suami bertemu anak

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting masih enggan mempertemukan anaknya, Bilqis dengan bapa kandungnya, Enji walaupun mahkamah sudah memutuskan Enji boleh bertemu anaknya.

Dalam masa sama, Ayu juga sukar menerima kenyataan dituduh sebagai ibu ego kerana melarang anaknya bertemu bapa kandung.

“Bukan masalah sama ada dibenarkan atau tidak. Orang hanya berfikir negatif terhadap saya berkenaan perkara ini,” katanya yang muncul menerusi saluran Youtube Denny Sumargo.

Ayu meminta mereka yang menyindirnya supaya melihat keadaannya ketika bercerai dengan Enji.

Dia merasa dipermainkan ketika bercerai.

“Cubalah rasakan perasaan saya. Yang tahu semua itu saya,” katanya.

Ayu berkata, dia hairan dengan sikap Enji yang tidak mempedulikannya ketika dia mengandung.

Enji sebaliknya meragui kesahihan Bilqis sebagai zuriatnya dan menuntut untuk melakukan ujian DNA. Biarpun kecewa, Ayu tetap bersyukur kerana wajah Bilqis ternyata mirip Enji.

Dia merasakan perkara ini sudah menepis keraguan bekas suaminya .

“Allah membuktikan mukanya memang mirip kerana Bilqis tidak diakui sebagai anaknya. Allah tunjukkan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat