Tamatnya perjalanan muzik Bittersweet

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas lebih 17 tahun dalam industri muzik, kumpulan pop rock Bittersweet atau BTSWT mengumumkan berundur, baru-baru ini dan tidak akan meneruskan perjuangan kumpulan itu.

BTSWT yang dianggotai oleh Fizan (penyanyi), Herri (gitar), Moon (gitar), Emai (keyboard), Wann (bass) dan Irfan (dram) itu berkongsi berita sedih berkenaan menerusi akaun media sosial rasmi mereka, kelmarin.

“24.10.21. Sudah waktunya untuk kami umumkan secara rasmi. Kami membuat keputusan bahawa kami tidak lagi meneruskan BTSWT.

“Terdapat banyak faktor untuk melihatnya tetapi kami tidak akan menjadikannya sebagai alasan. Kita membesar dan terus maju. Setiap orang mahukan perkara yang berbeza untuk masa depan masing-masing. “Kami semua sangat berterima kasih atas sokongan sepanjang perjalanan luar biasa kami. Kami diberikan rezeki untuk menikmati waktu terbaik dalam hidup kami dan tanpa anda semua, BTSWT tidak akan sampai sejauh ini,” katanya.

Kumpulan itu juga mengakui perjalanan seni mereka sejak 2004 adalah satu perjalanan yang hebat. Mereka berharap akan ramai lagi band indie di luar sana yang meneruskan legasi mereka.

“Kepada semua band di luar sana, terus berusaha, kami memerlukan anda untuk meneruskan apa yang sudah kami (dan band lain) mulakan. Kepada semua pencinta muzik, (terutama anda The Beats), teruskan menyokong bakat tempatan.

“Tiada kata yang mampu kami gambarkan, terima kasih kepada anda semua. Semoga kita berjumpa lagi, Insya-Allah. Tamat. #wearethebeats,” tulis mereka di media sosial terbabit.

Bittersweet pernah menghasilkan tiga album iaitu A Perfect Match pada 2006, Empire’s Transition (2010) dan BTSWT (2016).

Kebanyakan lagu mereka ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali lagu Kucing Hitam, Ceritera, Next Aidilfitri dan yang terbaru berjudul Racun Dunia dan Biarlah Mentari.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat