Misi Global Sumud : 50 Kapal Flotila Kini Kian Hampir ke Destinasi

RABAT- Rombongan bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla kini semakin hampir ke Gaza, hanya berbaki sekitar 995 kilometer dari destinasi mereka. Dengan lebih 50 kapal yang membawa ratusan aktivis dari seluruh dunia serta muatan bekalan perubatan dan makanan, flotila ini melambangkan harapan besar untuk rakyat Gaza yang telah hidup di bawah sekatan laut Israel selama hampir dua dekad.

Walaupun perjalanan mereka dipenuhi cabaran termasuk serangan dron tidak dikenali dan lebih 12 letupan di sekitar sembilan kapal ketika melalui perairan antarabangsa, rombongan tersebut terus mara. Menurut laporan Reuters dan agensi berita antarabangsa lain, tiada kecederaan serius dilaporkan dan semua kapal masih meneruskan pelayaran ke arah pantai Gaza.

Dukungan antarabangsa juga semakin jelas apabila Sepanyol dan Itali menghantar kapal tentera laut bagi mengawasi keselamatan flotila, manakala Greece memberi jaminan laluan selamat melalui perairannya. Penganjur menegaskan bahawa misi ini adalah sepenuhnya bersifat kemanusiaan, menolak dakwaan Israel bahawa konvoi tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata.

Ketika jarak dengan Gaza semakin singkat, dunia kini memerhatikan dengan penuh debar sama ada flotila ini berjaya menembusi sekatan atau berdepan halangan lebih besar. Bagi rakyat Gaza, rombongan yang kini hampir tiba itu adalah simbol solidariti global yang amat dinantikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat