AS setuju pertimbang tarif sifar sawit, koko Malaysia – ketua perunding

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan pengecualian tarif iaitu tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi termasuk minyak sawit dan koko seperti dicadangkan Malaysia, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.

Ketua Perunding Malaysia bagi rundingan rasmi tarif, Mastura Ahmad Mustafa berkata, AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak AS dalam beberapa rundingan sebelum ini, lapor Bernama.

“Seperti yang dimaklumkan, kita sekarang dalam proses memperincikan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas, jadi bermula semalam kita telah mengaturkan beberapa sesi secara maya dengan AS untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.

“Dalam rundingan ini, pihak AS ada menyatakan pertimbangan boleh diberikan kepada beberapa barangan yang pada pandangan mereka adalah produk yang memang tidak boleh dikeluarkan di AS.

“Bagi produk tersebut mereka akan mempertimbangkan sama ada mengenakan pengecualian iaitu sifar tarif daripada unilateral tarif ini,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual eksklusif pada Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat