Ulama tersohor Yusof al-Qaradawi meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ulama tersohor dunia serta tokoh ilmuan Islam antarabangsa, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.

Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.

Bagaimanapun, tempat pengebumian Allahyarham akan diumumkan dalam masa terdekat.

Yusuf al-Qaradawi yang lahir pada 9 September 1926 merupakan cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat