Kolej Komuniti Selayang anjur Festival TVET Madani pada 6-8 September ini

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SELAYANG – Kolej Komuniti Selayang (KKSY) menerusi kenyataannya memaklumkan akan menganjurkan Festival TVET Madani @ KKSY, di sini pada 6 hingga 8 September ini bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pengarahnya, Dr. Noriah Abdul Malek berkata, festival ini sebagai satu inisiatif memartabatkan ilmu warisan negara melalui pendekatan pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, festival ini akan mempamerkan keupayaan TVET dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten malah menekankan kepentingan dalam memelihara warisan budaya Malaysia.

“Ini sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani untuk memastikan kemajuan yang seimbang antara pembangunan ekonomi dan kelestarian budaya.

“Festival ini dijangka akan menjadi satu acara tahunan yang bakal mengumpulkan ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat,”katanya.

“KKS adalah salah satu institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyediakan latihan TVET.

“Pihaknya komited menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu memenuhi kehendak industri semasa serta meningkatkan kemahiran masyarakat setempat, ”katanya lagi.

“Bertemakan ‘Kelestarian Ilmu Warisan Malaysia Madani’ festival ini akan diserikan dengan kehadiran Ridzuan Khalid yang lebih dikenali dengan Sir Ladang sebagai dutanya.

“Festival berkonsepkan TVET ini turut membantu memajukan industri pelancongan, hospitaliti dan gastronomi Malaysia, ”ujarnya.

“Selain itu, dapat menyatukan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, industri, dan masyarakat dalam usaha bersama untuk memelihara dan mempromosikan warisan ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia.

“Festival ini disaksikan dengsn aktiviti menarik antaranya pertandingan inovasi , seminar penyelidikan , perkongsian ilmu TVET, sukan dan pelancongan kesihatan serta pameran kerjaya.

“Selain itu, kursus-kursus jangka pendek yang berunsurkan kemahiran turut ditawarkan kepada masyarakat,”ujarnya lagi.

“Aktiviti lain, Tourism dan Hospitality Run bagi mempromosikan kecergasan dalam industri pelancongan dan hospitaliti, serta pameran makanan yang unik & Viral yang menonjolkan kepelbagaian kulinari warisan Malaysia.

“Melalui program-program ini, pelajar, pendidik, dan masyarakat akan dapat mendalami pelbagai aspek warisan budaya sambil menerapkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini, ”tambahnya.

“Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai dan memeriahkan festival ini serta sama-sama memperkukuh warisan ilmu Malaysia Madani.

“Maklumat lanjut mengenai festival ini, bolehlah menghubungi jawatankuasa promosi festival TVET Madani @ KKSY di talian 03-6136 8200 atau e-mel, [email protected], ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat