PM bangga dengan prestasi agensi kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara.

Menurut Perdana Menteri, beliau bangga kerana tiada apa-apa kecurangan, ketirisan atau kerosakan terutamanya dalam skala besar sepanjang 8 bulan ini.

Jelas Anwar, contohnya Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), agensi di bawah Kementerian Kewangan itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya.

“Saya sudah lapan bulan mengetuai kerajaan, saya bangga kerana saya meneropong dan menelusuri setiap agensi dipantau, diteliti kalau ada apa-apa kecurangan, ketirisan (atau) kerosakan (terutamanya) skala besar.

“Saya syukur Alhamdulillah kerana setakat ini AmanahRaya dianggap prestasi baik.

“Saya harap semangat ini dikekalkan , ia tidak (hanya) terletak pada pimpianan, tetapi seluruh keluarga,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan ulang tahun Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) yang ke-100, malam tadi.

Perdana Menteri kemudian melancarkan logo khas 100 tahun AmanahRaya.

AmanahRaya merupakan syarikat milik penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 1921.

Syarikat itu terlibat sebagai peneraju industri Perancangan Pusaka dan Pengurusan Harta di Malaysia.

Anwar juga berkata AmanahRaya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memegang amanah golongan miskin, orang kurang upaya dan anak yatim.

Katanya lagi, ini kerana mereka yang tidak memikul tanggungjawab terhadap golongan itu dengan baik dianggap melakukan satu khianat dan berdusta kepada agama.

Perdana Menteri juga mahu semua pihak bersedia untuk bersama-sama beliau melakukan anjakan paradigma dalam usaha mengangkat martabat negara.

Beliau berkata, perubahan ke arah kebaikan itu adalah perkara yang dituntut oleh Islam bagi meninggalkan aspek buruk yang merosakkan negara.

“Mengabaikan atau mengkhinati amanah anak yatim dan orang miskin itu al-quran menyebut orang mendustakan.

“Sebab itu sementara saya beri pujian mengawal jumlah berbilion ringgit, tetapi kalau lihat dari konteks ini, maka kita harus terpanggil dan tersentuh perasaan.

“Ia bahawa kita tingkatkan lebih baik termasuk meningkatkan tahap pengurusan, terima idea baru dan transformasi digital yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata, negara ini tentunya memerlukan anjakan dengan mana-mana negara harus bersedia melakukan anjakan sekiranya mahu diangkat martabat.

Jelas beliau, istilah anjakan atau anjakan paradigma itu berdasarkan teori awal pemikir yang menggagaskan perubahan harus berlaku di mana satu zaman era harus berakhir dan harus bermula babak baru.

“(Namun) kadangkala kita guna anjakan, tetapi tidak penuhi maksud awal. Anjakan itu menerima kenyataan bahawa dunia luar menuntut beberapa tindakan baru, meneruskan ciri positif, tetapi meninggalkan aspek buruk atau lama.

“Dalam konteks rahmat Islam bahawa perubahan itu dituntut, tetapi perubahan sebenar mesti tercetus dari hati nurani yang bersih.

“Cita-cita idealisme membawa perubahan bukan kerana tanggungjawab profesion atau pengiktirafan untuk negara dan rakyat, tapi cetusan hati nurani.

“Sebab itu bila ungkapkan Madani ia berbeza, ia mesti terkait soal nilai akhlak. Jadi ia harus terterap peraturan, tetapi dengan cetusan yang ingin perubahan kebaikan dan merasa resah benci menolak keburukan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat