Lebih ramai pakar genetik diperlukan untuk kesan talasemia di peringkat awal – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan lebih ramai lagi pakar genetik untuk mengesan pesakit talasemia di peringkat awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata langkah ini sekali gus dapat mengawal dan mencegah penyakit talasemia dalam kalangan masyarakat khasnya mereka dalam kategori pembawa.

“”Penyakit talasemia boleh dicegah sebenarnya jika kita dapat kesan pembawa di peringkat awal. Mereka (pembawa) ini jika berkahwin, kemungkinan ada antara anak mereka akan menghidap talasemia. Jadi kita tidak mahu perkara ini berlaku.

Kerana itu kita perlu lahirkan pakar dalam bidang genetik untuk mengesan sebelum mereka (pembawa) ini mengandung atau berkahwin. Jadi, saya galakkan universiti untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam kajian genetik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan laporan “Malaysia Thalassemia Registry (MTR) 2019” di Hospital Tunku Azizah di sini, hari ini.

Jika pembawa penyakit talasemia termasuk talasemia major masih terus ingin berkahwin atau mengandung, kementerian akan memberikan nasihat kemandirian seperti pengambilan dan pemindahan sel stem, pemindahan darah serta tulang sum-sum untuk jangka hayat yang lebih lama, kata Dr Adham.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat