Sanusi kekal calon di Jeneri

- Advertisement -

KEDAH: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Muhammad Nor kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional kekal sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya parti itu berjaya mengekalkan kuasanya di Kedah.

Pada PRN 12 Ogos ni, Sanusi bakal berhadapan dengan calon pencabar utama, daripada Barisan Nasional iaitu Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan jumlah majoriti sebanyak 2,455 undi.

Beliau menewaskan pesaingnya ketika itu, Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM).

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat