Speaker Dikawal Kerajaan? Tanya Ramkarpal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tirai mesyuarat khas Dewan Rakyat disingkap dengan pembukaan tegang apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menyoal Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun adakah beliau dikawal kerajaan, kerana tidak membawa proklamasi darurat dan ordinan berkaitan ke Dewan sebelum ini.

Ramkarpal berkata Azhar tentu faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar tentu faham peraturan Dewan Rakyat tidak boleh mengatasi Perlembagaan.

“Tuan Speaker telahpun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Adakah anda dikawal kerajaan?” katanya kepada Azhar, bertentang mata.

Pertanyaan itu disambut seruan “tarik balik” daripada blok pemerintah, dan tepukan meja.

Azhar tidak mencelah Ramkarpal.

“Saya nak tahu, Tuan Speaker, kenapa proklamasi darurat dan ordinan di bawahnya tidak dibawa ke Dewan…adakah Tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara-perkara tersebut ke Dewan?

Ramkarpal menyeru Azhar letak jawatan jika itu agenda beliau.

“Atau kami akan kemuka usul barangkali untuk meminta Tuan Speaker melepaskan jawatan,” tambahnya, lalu menamatkan gilirannya.

Sejam pertama sesi Dewan Rakyat berlangsung tegang dan panas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat