Dewan Rakyat Patuh Perlembagaan, Peraturan 11 (3)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini diadakan mengikut peraturan mesyuarat dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan di bawah peraturan mesyuarat 11(3).

Ini menjawab kepada soalan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mengenai persidangan khas Dewan Rakyat, yang disifatkan mereka tidak mengikut peraturan mesyuarat, dengan isu dibangkitkan adalah mengenai tiadanya ruang perbahasan dan undian oleh Ahli Parlimen.

“Parlimen ini sekarang dalam penangguhan. Kita belum prorog penggal ketiga, teknikalnya kita masih dalam penggal ketiga yang ditangguh. Itu hari sudah diedar takwim penggal keempat yang akan bermula pada 6 September.

“Jadi selalunya, amalan kita sebelum mulakan penggal baru itu, penggal sekarang akan diprorog selama seminggu sebelumnya. Jadi sekarang, belum diprorog. Jadi kita sekarang dalam penggal ketiga yang tertangguh,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, di bawah peraturan mesyuarat 11(3) juga, prosedurnya menetapkan bahawa Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk memanggil sidang khas ini.

“Perdana Menteri akan memberi pemakluman kepada saya sebagai Yang Dipertua Dewan, bahawa dalam pendapat Perdana Menteri untuk kepentingan awam dan masyarakat adalah penting dan mustahak untuk diadakan satu sidang walaupun tarikh mesyuarat akan datang belum sampai.

“Pemakluman terbabit sudah diberi kepada saya oleh Perdana Menteri dan yang paling penting, peraturan 11(3) urusan mesyuarat ditetapkan oleh Perdana Menteri, itu prerogatifnya. Sidang khas ini adalah proregatif Perdana Menteri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat