Sugu Pavithra telah padamkan semua video disaluran youtube

- Advertisement -

TIADA lagi video di akaun YouTube milik Youtuber terkenal ‘Sugu Pavithra’ menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Malah akaun yang mengumpul 785,000 pengikut itu juga didapati memadam semua video lama mereka.

Perkara itu disedari netizen sebelum tangkap layar akaun Youtuber terkenal itu mula tular di media sosial hari ini.

Terdahulu, konflik yang melanda S Pavithra, 28, dan suaminya M Sugu, 29, apabila suaminya didakwa mencederakan Pavithra.

Sugu yang didakwa dua kali di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam, atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam pertemuan dengan media selepas wang jaminan dibayar, pasangan itu dilaporkan menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini.

Pavithra dilaporkan berkata dia bersama suami hanya mahu memberi fokus kepada saluran Youtube yang dikendalikan mereka berdua.

“Bukan kami saja youtuber, tetapi ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang, jadi kami tidak layak (terima apa-apa anugerah).

“Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa,” katanya.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen dari Pavithra gagal apabila dia didapati tidak lagi menggunakan nombor telefon yang diguna sebelum ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat