GIP-BlackRock: “PM bincang dengan Menteri Kewangan kemudian beritahu Pengerusi Khazanah, campak mikrofon” – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cara tatakelola Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik pedas oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung penjualan 30 peratus pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP-BlackRock.

Tanpa berselindung, Khairy ‘menyekolahkan’ Perdana Menteri sekali gus menyamakan tindakan Anwar terhadap GIP-BlackRock dengan Datuk Seri Najib Razak terhadap 1MDB sebelum ini.

“Bercakap isu tatakelola ia didedahkan oleh Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa perbincangan awal berkait persetujuan urus niaga GIP-BlackRock dengan MAHB tidak melalui Kabinet, ia hanya diberitahu bila dah ada persetujuan urus niaga dan hal ini diakui sendiri oleh PM.

“Sebab dulu pendirian daripada pembangkang zaman dulu-dulu mengatakan bahawa benda ini tak betul jika tak dibincang di Kabinet.

“Situasinya, PM cakap dengan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan cakap dengan Pengerusi Khazanah akhirnya Kabinet pun tak tahu apa benda macam Najib, Mat Sabu campak mikrofon.

“Hari ini saya nak campak mikrofon pun tak boleh sebab ada stand,” seloroh Khairy yang menggambarkan keputusan urus niaga GIP-BlackRock diputuskan solo oleh Anwar.

Untuk rekod Anwar yang merupakan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Khazanah.

“Jadi akhirnya bagi saya kalau nak canangkan diri sebagai kerajaan yang memperjuangkan tatakelola tetapi dalam hal ini sekali lagi didedahkan bahawa urus niaga sebesar ini.

“Bukan saya minta setiap urus niaga Khazanah dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

“Saya rasa tak cukup masa Jemaah Menteri nak bincang setiap satu urus niaga daripada Khazanah tetapi kalau urus niaga sebesar ini nak swastakan syarikat strategik yang mengendalikan lapangan-lapangan terbang negara saya rasa kalau betul lah tatakelola adalah sesuatu yang menjadi keutamaan, saya rasa perlu dibawa ke Jemaah Menteri,” kata bekas Menteri Kesihatan itu dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan beliau yakin Umno sama sekali tidak akan bersetuju sekiranya perbincangan awal berkenaan urus niaga GIP-BlackRock ini dibawa ke Kabinet.

“Saya yakin Umno tidak akan setuju kalau perkara ini dibawa ke Kabinet dan didedahkan oleh Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan bahawa dia sendiri tidak setuju, kalau boleh dia nak supaya urus niaga ini tidak diteruskan dan saya difahamkan dalam mesyuarat MKT pada minggu lepas sebahagian besar daripada ahli MKT tak setuju dengan urus niaga ini.

“Tapi saya fahamlah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa akur sebab sekarang dah jadi collective responsibility apa yang Zahid cakap tu ialah pendirian Umno ialah ikut PM.

“Sebab betullah ini adalah tanggungjawab bersama dalam Jemaah Menteri jadi Zahid sebagai TPM yang setia dia kena cakap begitulah tetapi sense on the ground dalam Umno, dalam MKT dan dikalangan masyarakat Melayu adalah sangat negatif terhadap urus niaga ini,” ujar Khairy.

Rumusan beliau, setelah mengetahui latar belakang GIP-BlackRock dan perkaitannya dengan genosid di Palestin ia jelas memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap Anwar.

“Jemput mereka untuk bersama Khazanah dan KWSPP.Ini adalah satu tanggapan yang sangat buruk terhadap PMX,” tegas Khairy.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, laskar siber Kerajaan Madani menggunakan hujah kurang cerdik dengan mengatakan BlackRock di mana-mana.

“Ya betul, kerana BlackRock pengurus pelaburan terbesar di dunia yang ada aset USD10 trilion, banyak syarikat besar di Malaysia yang tersenarai di Bursa ada BlackRock sebagai pemegang saham tapi masalahnya dia gunakan hujah ini seolah-olah apa yang akan berlaku kepada MAHB ini boleh kerana BlackRock ada di mana-mana sahaja.

“Dan katanya kalau kita nak elak daripada BlackRock kita tak boleh guna sebahagian besar daripada perkhidmatan dalam syarikat-syarikat besar ini.

“Hello, saya nak bagitahu bahawa pegangan BlackRock dalam syarikat-syarikat ini kebanyakannya adalah pegangan yang sangat kecil
1 hingga 2 peratus daripada syarikat-syarikat tersebut dan biasanya saham-saham ini dibeli di pasaran terbuka, kerana mereka adalah fund manager.

“Malaysia beroperasi dalam sistem kewangan terbuka, maka tak ada apa yang boleh menghalang mana-mana syarikat pengurusan pelaburan untuk beli tapi pegangan dia kecil.

“Dia tidak ada dalam Lembaga Pengarah, dia pelabur pasif dalam syarikat-syarikat tersebut. Itu jauh beza dengan apa yang berlaku di MAHB,” jelas beliau.

Kata Khairy, dalam MAHB BlackRock bukan sebagai pelabur pasif yang hanya ada 1-2 peratus yang saham beli di pasaran terbuka tetapi ini adalah pelabur strategik kepada syarikat yang strategik yang menguruskan lapangan-lapangan terbang di Malaysia.

“Di mana mereka GIP-BlackRock dan ADIA akan memiliki 30 peratus daripada MAHB dan bukan hanya itu syarikat ini akan diswastakan akan dikeluarkan daripada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

“Sekarang ini siapa-siapa boleh beli, selepas diswastakan, dikeluarkan daripada BSKL, tinggal Khazanah, tinggal KWSP, BlackRock-GIP dan juga ADIA itu sahaja dan mereka tentunya akan ada wakil dalam pengurusan kalau takkan PMX mengaku sendiri bahawa GIP-BlackRock – Saya sebut ini sebab akhir tahun ini GIP akan dimiliki 100 peratus oleh BlackRock.

“Entiti ini disebut oleh PM sebagai entiti GIP yang ada pengalaman luas dalam pengurusan lapangan terbang di negara-negara lain di dunia maksudnya dia memberi gambaran bahawa GIP-BlackRock akan ada pengaruh dalam pengurusan MAHB selepas urus niaga ini dilaksanakan,” ujar beliau.

Isu kedua kata Khairy, sudah pasti walaupun tak disebut, beliau yakin bahawa wakil daripada GIP-BlackRock akan duduk dalam Lembaga Pengarah MAHB selepas syarikat ini diswastakan.

“Saya diserang – mengatakan saya ahli lembaga pengarah syarikat kewangan yang BlackRock ada pegangan, itu pegangan yang dibeli di pasaran terbuka ini bukan pemegang strategik, tak ada wakil daripada GIP-BlackRock dalam lembaga pengarah berada bersama saya tetapi untuk MAHB ini 25 peratus ini adalah strategic-stake,” tegasnya.

Khairy memaklumkan bahawa isu pokoknya ialah rakyat Malaysia sangat gusar dan khuatir bahawa kerajaan rela dan sanggup memberi satu pegangan saham strategik dalam syarikat syarikat strategik seperti MAHB.

“Pendirian saya dikukuhkan bila saya baca – mungkin kita tengok genocide yang berlaku di Gaza yang sangat teruk melalui kanta kita sendiri tetapi bila dia sahkan oleh laporan terbaru daripada International Federation for Human Rights (FIDH) – exposes the largest European financial institutions investing billions of euros in international arms producers that sell weapons to Israel -BlackRock disebut.

“Benda ni tak jauh daripada urus niaga BlackRock dengan MAHB ini.

“MAHB ini melibatkan kerajaan, Pengerusi Khazanah ialah PM maka PM akan berkuasa aktif untuk meneruskan urus niaga ini,” kata beliau lagi.

Khairy malah mempersoalkan kepakaran GIP dalam urusan pengendalian lapangan terbang.

“Kepakaran? GIP-syarikat mengendali juga sangsi jumlah penumpang yang lalui airport GIP jauh kurang daripada MAHB, lagipun MAHB bukan syarikat rugi, ada untung lebih RM500 bilion.

“MAHB dapat perjanjian baru pada Mac untuk naik taraf, jadi kenapa nak serah kepada orang asing?

“saya takut GIP bawa perjanjian baru yang lebih bagus dia akan kata segala kemajuan dan kejayaan disebabkan mereka sedangkan perjanjian baru diserahkan kepada MAHB oleh kerajaan itus sahaja akan menambah nilai kepada MAHB.

“Ini bukan sekadar isu moral keterlibatan BlackRock dalam genocide tapi juga dari segi keperluan daripada perspektif korporat dan polisi juga unconvincing.

“Saya dah bincang perkara ini dengan ramai tokoh korporat saya boleh kata ramai juga tak berapa yakin dengan keperluan untuk memberi ruang kepada GIP-BlackRock untuk mengambil bahagian dalam penswastaan ini,” jelas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat