‘Tribute To Sudirman’ Di Malakat Mall Julai Ini

- Advertisement -

Satu program sempena mengenangkan kembali Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad  akan diadakan di Malakat Mall, Cyberjaya pada bulan Julai nanti.

Meskipun sudah tiga dekad penyanyi yang terkenal dengan pelbagai nuasa muzik itu sudah bersemadi namun ingatan peminat terhadap penyanyi legenda itu kekal buat selama-lamanya.

Allahyarham Sudirman bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi Nombor Satu ketika itu malah beliau merupakan seorang usahawan, buktinya pada 1990 Allahyarham mengeluarkan air tin minuman jenama ‘SUDI’.

“Saya sebagai pemegang amanah, pentadbir untuk semua aset-aset Allahyarham Sudirman merasa cukup terharu dengan apa yang dilakukan oleh penganjur malah bersyukur kerana masih ada individu mahupun pihak-pihak yang masih lagi mengenang jasa Allahyarham”, ujar Razman Azrai Zainudin atau Atai ketika sidang media yang berlangsung di malakat Mall, Cyberjaya pada 25 Jun lalu.

Objektif program ini diadakan untuk mengimbau kembali kejayaan muzik pada era 80-an dan 90-an yang pernah menjadi satu trend pada ketika itu yang mana secara tidak langsung, ia memberi pendedahan kepada generasi akan datang.

Menurut salah seorang penganjur  Yasstar, FarahWaheeda, selain menjayakan dua program ini turut mempromosikan usahawan kecil dan sederhana kepada orang awam  dari 14 sehingga 23 Julai, bagi tribute Sudirman pula diadakan pada 21 sehingga 23 Julai.

“Dalam program ini turut mengadakan Virtual Run yang akan dibuka pendaftaran pada 25 haribulan sehingga 10 Julai, pemenang akan diumumkan pada 22 Julai selain itu turut di adakan pertandingan Nyayian Sudirman talent contest, pameran koleksi peribadi peminat Allahyarham Datuk Sudriman Hj Arshad, pameran lukisan, Majlis bacaan Yassin, dan gerai jualan Selebriti serta usahawan tempatan,” ujarnya.

Antara penganjur yang terlibat dalam program ini adalah Mawar Grandeur Event, Kamura & Yasstar dengan Kerjasama Malakat Mall serta sokongan daripada Sudirman Asset Management.

Rakan artis yang terlibat kumpulan Damasutra, Ekamatra, Melisa, Gersang, Headwind, Yassin Senario, Syanie, Aida Aris, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Selain itu Malakat Mall juga akan melancarkan Selebriti Hub yang akan dibuka secara rasmi di Aras 1 untuk menyatukan hasil/produk usahawan di kalangan selebriti tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat