Kalau tak kena pecat dari UMNO, hari ini saya kena jadi penjilat DAP – Annuar Musa

- Advertisement -

SABAK BERNAM: ‘Saya tidak boleh bayangkan kalau saya tidak dipecat dari UMNO, hari ini saya akan jadi tukang syarah untuk menjilat DAP dan berkata DAP itu baik, selamat saya’, kata bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar lagi, parti UMNO hari ini bukan UMNO yang macam dahulu, sudah berubah.

Katanya lagi, UMNO itu baik dan kekal baik selagi parti mempertahan dasar dan prinsipnya.

Hari ini, UMNO sudah rosak kerana dasar tidak dipertahankan kerana mengangkat kerajaan DAP dan Pakatan Harapan membawa ideologi sosialis dan liberalis.

Annuar juga menggesa rakan-rakan dalam UMNO berfikir untuk menyelamatkan agama dan bangsa dan bukannya mana-mana individu ataupun parti. UMNO sudah tidak dapat selamatkan sesiapa, kena terima realiti kerana orang Melayu dan umat Islam sudah nekad untuk tinggalkan UMNO buat selama-lamanya.

“Gelombang yang diterima oleh PAS dan Perikatan Nasional (PN) ini adalah gelombang rakyat, bukan gelombang hijau”. Katanya.

Dalam pada itu, ujar Annuar lagi, semenjak Pilihan Raya Umum (PRU-13) sebanyak 2 juta pengundi telah meninggalkan UMNO.

“UMNO ni sudah macam ais, duduk tengah panas, makin lama makin kurus,

“Sekarang ini, jumlah undi popular UMNO lebih sikit dari jumlah ahli UMNO,

“Ahli atas kertas lebih besar, undi yang dia dapat hanya 3.2 juta dan jumlah 3.7 juta, dulu semasa ahli UMNO 3.2 juta pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) undi UMNO 5.4 juta, PRU-14 pengundi bertambah 2 juta undi UMNO susut 1 juta,

“Dan PRU-15 pengundi bertambah 7 juta undi UMNO susut lagi. Dalam dua Pilihan Raya 2 juta orang telah meninggalkan UMNO.” ujar Annuar di Jelajah Selangor Baharu, di Sabak Bernam, malam tadi.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat