Anwar perlu minta maaf tak profesional, tak hormat wanita – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memohon maaf atas kesalahannya meminta nombor telefon daripada pelajar telefon seorang pelajar perempuan tingkatan 6 kerana ia disifatkan sebagai satu perkara yang amat dangkal dan memalukan.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, Anwar wajar memohon maaf dan segera membetulkan perkara ini sebelum ia dianggap sebagai satu norma baharu dalam pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Selain itu, saya turut ingin memuji tindakan Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz yang dengan lantang telah menegur Perdana Menteri secara terbuka mengenai hal ini di kala seluruh sayap wanita Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang berada dalam Kerajaan Perpaduan sedang duduk diam, membisu seribu bahasa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zuraida yang juga Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) membuat gesaan itu susulan tindakan Perdana Menteri dalam satu sesi town hall di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan yang secara berseloroh mahu meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan tingkatan 6 ia disifatkan sebagai perbuatan amat dangkal dan memalukan.

“Dalam sesi soal jawab bersama hadirin, seorang pelajar perempuan tingkatan 6 telah bertanya dua soalan serius iaitu mengenai kejatuhan mata wang ringgit Malaysia yang semakin parah dan juga mengenai peranan belia dalam pembangunan negara.

“Ketika sesi tersebut Anwar bukan sahaja memberikan jawapan retorik yang amat lemah tetapi juga mengeluarkan kenyataan berbaur seksis dengan mengatakan kalau beliau masih muda, beliau akan meminta nombor telefon pelajar perempuan tersebut.

“Perkara ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi amat menakutkan kerana datangnya daripada seorang pemimpin negara,” tegas Zuraida.

Kata beliau lagi, seorang Perdana Menteri sewajarnya menjaga decorum dan etika dalam menghadiri majlis-majlis yang melibatkan umum dan tidak seharusnya bersikap seperti seorang lelaki tua miang yang tidak beradab.

“Wanita Malaysia secara amnya telah berjuang untuk mengangkat martabat negara dalam pelbagai bidang dan seharusnya dihormati sebagai tulang belakang pembangunan negara.

“Tindakan Perdana Menteri ini secara langsung telah menjatuhkan martabat wanita Malaysia dan seolah-olah telah membawa negara ini kepada zaman jahiliyyah yang memandang wanita hanya sebagai objek semata-mata.

“Sebagai seorang ibu, saya juga risau dengan perkembangan ini, kerana jika seorang Perdana Menteri menunjukkan sikap sebegini di dalam satu forum di hadapan khalayak ramai, apakah nasib anak muda wanita di negara ini yang ingin terlibat secara langsung dalam program-program diskusi terbuka lain yang dianjurkan oleh pihak kerajaan?

“Adakah anak-anak perempuan kita akan dinilai hanya dengan rupa paras mereka dan bukannya tahap pemikiran dan kebijaksanaan mereka dalam perbincangan mengenai sesuatu perkara,” bidas Zuraida.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat