Pengorbanan Pelajar Cemerlang SPM Shahril Saidi Jadi Inspirasi – YBR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbangkan bantuan kewangan kepada adik Mohd Syahril Saidi 18, yang kini yatim piatu untuk membiayai keperluan harian dan sebagai persediaan kemasukan pengajian di peringkat universiti.

Pengurus Besar, Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani menyampaikan sumbangan itu di kediaman adik Mohd Syahril di Perumahan Myhome, Kendis Bachok, Kelantan.

Menurut Syaiful, YBR terpanggil untuk membantu adik Mohd Syahril selepas melihat berita beliau mendapat keputusan yang cemerlang dan juga turut kehilangan ibunda tercinta dua hari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

“Dengan pemberian bantuan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan serta duka yang kini ditanggung oleh adik Muhammad Syahril serta sebagai pemangkin untuk meneruskan kecemerlangan di peringkat seterusnya.

Dari kiri Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abd Ghani Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan Pelajar Cemerlang 11 A SPM Mohd Syahril Saidi

Tambah beliau lagi, terkesan dengan nasib yang menimpa Syahril yang sebelum ini telah pun kehilangan ayah sejak 11 tahun yang lalu, diharapkan bantuan ini juga akan memudahkan beliau untuk memulakan pengajian dalam bidang yang diceburi.

Kata Syaiful, pihak YBR mendoakan adik Syahril dan keluarga serta anak-anak yatim yang lain dapat menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik, mendapat lindungan olehNya dan juga dipermudahkan segala urusan kelak.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Pada tahun 2022, YBR memperuntukkan sebanyak hampir RM500,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat