Agih Sama Rata Dengan PH, BN N. Sembilan Yakin Dapat Dua Lagi Kerusi

- Advertisement -

KAJANG — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yakin mampu memperolehi dua lagi kerusi bagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, setakat ini BN telah ditawarkan sebanyak 16 kerusi DUN bagi Negeri Sembilan manakala Pakatan Harapan pula sebanyak 20 kerusi.

Beliau berharap agar Majlis Presiden membuat keputusan sama rata dalam mempertimbangkan penambahan dua kerusi berkenaan.

“Untuk kebaikan semangat kerjasama BN dan PH, we work together, so give and take..I think dengan 18-18, kita akan score 36-0 di Negeri Sembilan.

“Persetujuan awal kita adalah melalui quo, BN 16 manakala PH 20 kerusi. Tetapi semua maklum bahawa kita sedang meminta supaya dipertimbangkan untuk tambah 2 kerusi lagi.

“Keputusan PH dan BN untuk menyerahkan keputusan akhir dibuat Majlis Presiden. Saya percaya dalam tempoh terdekat akan diputuskan. Saya berharap dan yakin Majlis presiden akan memberi persetujuan,” katanya pada sidang media di Wisma Lebuhraya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), hari ini.

Tambahnya BN di negeri itu juga telah memberi beberapa keutamaan di kawasan yang perlu dimohon seperti di kawasan Parlimen Seremban.

“Di kawasan itu, kita tidak ada wakil daripada BN dan itu adalah rasional supaya kita mohon tambah lagi satu kerusi diberi peluang untuk bertanding di Seremban.

“Saya yakin dengan adanya persefahaman kerjasama BN dan PH dan perkembangan politik di Negeri Sembilan, saya yakin BN akan mengekalkan kerusi yang ditandingi dan yakin PH juga akan mengekalkan kerusi mereka tandingi. Dengan Itu tiada peluang untuk pembangkang” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat