30 Tahun Menunggu, Penyokong Liverpool Abaikan Penjarakan Sosial

- Advertisement -

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool mengabaikan penjarakan sosial apabila mereka berkumpul di luar Anfield bagi meraikan kejayaan kelab itu muncul juara Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Skuad The Reds ditabalkan sebagai juara selepas penghuni tangga kedua, Manchester City tewas 1-2 di tangan Chelsea.

Ratusan penyokong setia Liverpool seolah-olah tidak bimbang dengan ancaman COVID-19 dan tidak mengendahkan saranan pengurus, Jurgen Klopp apabila tetap berkumpul bagi meraikan kejayaan berkenaan.

Penyokong dilihat membakar suar dan bunga api, mengibarkan bendera, berpelukan serta meminum minuman keras di jalanan dengan para peminat mahu memanfaatkan gelaran pertama yang dinanti-nantikan sejak 1990.

Seorang penyokong, Marilyn Nesbitt dan keluarganya sudah berada berdekatan dengan Stanley Park ketika perlawanan City menentang Chelsea berlangsung.

“Ini sesuatu yang menakjubkan, terutama bagi mereka. Kami sudah menunggu selama 30 tahun,” katanya.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan pemain Liverpool menyaksikan perlawanan City menentang Chelsea di hotel. – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat