Liverpool juara EPL, Mohamed Salah cipta sejarah tersendiri

- Advertisement -

Liverpool – Ketika Liverpool FC mengangkat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ke-20, bintangnya, Mohamed Salah turut menutup tirai musim 2024/25 dengan pencapaian luar biasa menjadikan tahun ini antara musim terbaik dalam kariernya.

Penyerang sensasi Liverpool itu memecahkan sebahagian besar rekod pemain di EPL.

Musim ini Salah meledak 29 gol dan 18 bantuan jaringan bagi membolehkan beliau merangkuk anugerah Pemain Terbaik EPL, Anugerah Kasut Emas (Golden Boot) dan juga Anugerah Playmaker Terbaik.

Kombinasi 47 penglibatan gol (gabungan gol dan bantuan gol) dalam satu musim EPL, menyamai rekod yang sebelum ini dipegang oleh Alan Shearer dan Andy Cole.

Bagaimanapun pencapaian Salah lebih mengkagumkan kerana rekod Alan Shearer dan Andy Cole sebelum ini dibuat ketika EPL masih menggunakan format 42 perlawanan semusim, bukan 38 seperti sekarang.

Musim ini juga menyaksikan Mohamed Salah telah mengatasi Sergio Agüero sebagai penjaring gol asing terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 185 gol.

Beliau kini menduduki tangga kelima dalam senarai penjaring gol sepanjang masa liga tersebut di belakang Andy Cole (187), Wayne Rooney (208), Harry Kane (213), dan Alan Shearer (260).

Tidak terhenti di situ, Salah turut meraih gelaran Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) buat kali ketiga.

Sepanjang musim, Salah turut menerima Pemain Terbaik Bulanan EPL sebanyak tiga kali (Oktober, November dan Februari).

Di bawah bimbingan pengurus baharu, Arne Slot, Salah menjadi tonggak utama dalam kempen kebangkitan Liverpool bukan sekadar menjaringkan gol tetapi juga menjadi pemangkin serangan dan inspirasi kepada pemain muda di sekelilingnya.

Dengan prestasi ini, Salah bukan sahaja mengukir namanya dalam sejarah Liverpool dan EPL, tetapi juga muncul sebagai calon utama untuk anugerah Ballon d’Or 2025.

Pemain Mesir itu telah membuktikan bahawa pada usia 32 tahun, beliau masih berada di kemuncak prestasi dan belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat