Komitmen Kerjasama Serantau Bersama China Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2045 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kerjasama strategik serantau bersama Republik Rakyat China sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2045 yang sedang berlangsung di ibu negara.

Dalam pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Qiang, Anwar merakamkan penghargaan atas komitmen tinggi Beijing dalam memperkukuh hubungan serantau, termasuk menerusi platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

“Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN,” kata Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Antara bidang utama yang menjadi tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan khususnya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau dan pembangunan teknologi kecerdasan buatan.

Anwar turut mengambil peluang untuk menyatakan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam memperkukuh solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global, yang menurutnya, secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau serta global.

Beliau berharap Sidang Kemuncak ASEAN kali ini dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serantau yang menyeluruh di tengah-tengah cabaran global yang semakin meningkat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat