Gangguan bekalan air di UMS jejas urusan warga kampus menjelang peperiksaan – Puteri Umno Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Puteri Umno Sabah menyuarakan kekesalan terhadap isu gangguan bekalan air yang berlarutan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di mana situasi itu telah menjejaskan urusan kehidupan di kampus para mahasiswa lebih-lebih lagi menjelang musim peperiksaan Jun dan Julai ini.

Ketua Penerangan Puteri Umno Sabah Zairani Awang berkata, gangguan bekalan air ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan harian pelajar, tetapi turut memberi kesan negatif kepada kesihatan mental mereka.

“Tekanan akibat persediaan peperiksaan ditambah dengan kekurangan keperluan asas seperti air bersih boleh meningkatkan risiko kemurungan dalam kalangan pelajar.

“Keadaan ini lebih membimbangkan bagi pelajar wanita yang mempunyai keperluan kebersihan diri yang lebih teliti,” kata Zairani dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut beliau, laporan menunjukkan bahawa gangguan bekalan air berpunca daripada beberapa faktor, termasuk kerosakan penunjuk aras di takungan utama universiti, R13, serta insiden kecurian air di kawasan setinggan berhampiran kampus . Walaupun pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah mengambil langkah-langkah pembaikan, termasuk penggantian penunjuk aras dalam tempoh 3 minggu, masalah ini masih belum diselesaikan sepenuhnya.

“UMS telah berusaha menyediakan alternatif seperti tangki air statik dan telaga tiub untuk mengurangkan impak gangguan bekalan air . Namun, usaha ini belum mencukupi untuk menampung keperluan harian lebih 20,000 warga kampus, termasuk 16,000 pelajar .

“Puteri Umno Sabah menyeru agar pihak berkuasa, termasuk Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh GRS untuk menggunakan sepenuhnya kekuatan dan kemampuan yang ada melalaui JANS, mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menyelesaikan isu ini.

“Kebajikan dan keselesaan mahasiswa harus menjadi keutamaan, terutama dalam memastikan mereka dapat menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang kondusif dan sihat,” kata Zairani.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat