TikTok agenda China curi data rakyat, kerajaan disaran bertindak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kebangkitan TikTok sebagai antara media sosial paling berkembang pesat dan berpengaruh dengan laporan memetik yang 53% pengguna media sosial di Malaysia memiliki akaun TikTok, lebih separuh daripada 14 juta pengguna media sosial di negara ini pada tahun lepas.

70% pengguna TikTok di Malaysia adalah mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun.
Dalam konteks global, TikTok sudah memiliki lebih 1 bilion pengguna di seluruh dunia, 150 juta mereka di Amerika Syarikat sahaja.

Perkembangan ini menyebabkan wujud kebimbangan pelbagai pihak berkaitan kebimbangan sekuriti nasional disebabkan aplikasi syarikat China ini, terutamanya jika ia digunakan penjawat awam atau di dalam peranti elektronik dikeluarkan agensi kerajaan.

Penganalisis kanan Institut Strategi & Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS) Farlina Said berkata wujud manfaat dalam menyekat aplikasi tertentu dalam peranti elektronik rasmi pengawai kerajaan kerana sifat pekerjaan mereka yang berkaitan dengan rahsia negara.

Bagaimanapun beliau menekankan keperluan sekatan ini diambil kerana penilaian risiko teknologi yang sepatutnya.

“Jika ada keyakinan sangat tinggi dalam akses kebenaran aplikasi, pengurusan data dan jaminan amalan keselamatan siber yang menjamin tiada kebocoran atau akses tidak dibenarkan, maka kepercayaan terhadap aplikasi itu tinggi. Jadi, aplikasi boleh digunakan berasaskan kepercayaan yang wujud,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab pula berkata kerajaan boleh melaksanakan dasar dan prosedur tertentu berkaitan penggunaan media sosial seperti TikTok di dalam peranti elektronik rasmi kerajaan.

“Ini termasuklah sekatan peranti elektronik yang boleh digunakan untuk mengakses aplikasi tersebut, garis panduan kandungan yang boleh dimuatnaik atau dilihat serta latihan keselamatan sekuriti untuk pekerja,” katanya.

Amirudin turut membangkitkan kebimbangan berkaitan TikTok dalam konteks Malaysia termasuklah kebimbangan privasi dan sekuriti, kandungan tidak wajar, kebimbangan budaya berkaitan kaum, agama dan raja, salah maklumat dan propaganda serta berita palsu.

Beliau turut menasihati kerajaan supaya memantau ketat risiko penggunaan TikTok terhadap keselamatan negara.

“Bila kita bercakap soal keselamatan negara, TikTok mungkin merbahaya kerana ia membenarkan sesiapa sahaja untuk berkongsi ideologi mereka tanpa mengira sama ada ia sesuai dengan budaya atau negara tersebut,” katanya.

Salah satu teori berkaitan TikTok adalah media sosial itu disifatkan sebagai “ganja digital” untuk menjadi pengguna di luar China semakin bodoh berbanding Douyin- versi yang digunakan pengguna di China- yang bertujuan menjadikan penggunanya semakin bijak.
Farlina mengakui yang teknologi boleh membentuk pemikiran generasi tertentu kerana ia berkaitan dengan algoritma yang boleh mewujudkan situasi tertentu.

“Ada kemungkinan ia adalah organic, tetapi ia juga boleh disebabkan salah maklumat atau sengaja dimanipulasi dan tidak dirakam platform tersebut,” katanya.

Walaupun isu privasi data dan sekuriti juga dialami oleh media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter, ia berbeza dengan TikTok kerana platform itu mempunyai kaitan dengan kerajaan China.

Untuk rekod, TikTok dimiliki syarikat induk, ByteDance yang berpengkalan di Beijing dengan pejabat di Los Angeles dan Singapura.

Akta Perisikan Nasional China digubal pada 2017 menyatakan “mana-mana organisasi” perlu membantu atau bekerjasama dengan agensi perisikan negara tersebut, manakala Akta Anti Perisikan 2014 menyatakan “organisasi berkaitan tidak boleh menolak” sebarang permintaan pihak berkuasa untuk memberikan data berkaitan siasatan tertentu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat