- Advertisement -
TAPAH,- Barisan Nasional (BN) mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan majoriti 2,885 undi setakat jam 7.30 malam.
Menurut laporan BERNAMA ketika ini proses pengiraan undi sedang berlangsung di pusat penjumlahan rasmi, Dewan Merdeka, Tapah.
Keputusan penuh PRK dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekitar jam 9 malam.
Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu.