Telefilem Challenge Accepted Menampilkan Ryan Bakery Sebagai Jeff

- Advertisement -

Telefilem “Challenge Accepted” bakal ditayangkan pada 7 syawal / 28 April pada 10 pagi dan akan disiarkan di Astro Ria, pasti ramai peminat akan ternanti nantikan film bergendre komedi romantik ini kerana bakal mencuit hati penonton.

Selain Ryan Bakery yang berlakon sebagai Jeff, Challenge accepted turut menampilkan Erysha Emyra, Shasha Nadira dan ramai lagi.

Telefilem ini mengisahkan Seorang gadis Berpudah yang bernama Fatimah (Erysha Emyra) yang menjadi viral apabila telah muncul dalam video “Prank” dirakam oleh Tiktoker Terkenal Jeff (Ryan Bakery) yang kemudian telah memakan dirinya apabila dikecam satu Malaysia,  Akhirnya peminat telah mencabar tiktokers tersebut untuk mencari dan berkenalan sehingga membuat fatimah jatuh hati kepadanya, tetapi mampukah Jeff berbuat demikian?

“Saya memegang watak Jeff yang merupakan content creator. Dia buat prank dan satu hari dia buat satu prank pada seorang wanita Muslimah yang kemudian memakan diri dia. Dia dikecam satu Malaysia sebab buat content tah apa-apa.”

Ryan turun memberitahu kenapa perlu menonton telefilem ini kerana terdapat pengajaran buat semua “content creator” di luar sana supaya lebih berhati hati dan bertanggungjawab dalam membuat sesuatu kandungan video.

“Tele ini bukan fully romantic, dia lebih kepada romantic komedi. Bagi saya, nak kata susah sangat tak, senang pun tak. Balance. Bolehlah dikatakan kekok sebab dalam skrip ada adeganluah perasaaan. First time untuk saya dan rasa kekok bila nak deliver skrip sebab biasa buat cerita komedi dan bebas berdialog tapi untuk cerita ini ada scene luah perasaan.”

“Kerana ia ada pengajaran dalam cerita ini supaya content creator di luar sana tak buat content bukan2 , sebab buruk padahnya dan teleraya ini juga mengajar erti berusaha, tak mudah putus asa.”

ketika ditanya adakah mudah berkerja bersama pengarah Hadith Omar dan cabaran semasa shooting telefilem ini

“Kerja dengan Hadith sangat mudah. Senang, kalau tak ok, dia akan cakap dan berbincang. Memang senang bekerjasama.”

“Call time memang mencabar sebab start awal pagi. Itu satu cabaran bagi saya.”

“Cabarannya kerana penggambaran dilakukan pada waktu berpuasa. Kita mula shoot  dari pagi ke petang, petang ke malam.”

 

Saksikan Telefilem “Challenge accepted” ini yg akan ditayangkan tidak lama lagi di Asto Ria

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat