Politik Indonesia: Pemilihan Presiden Indonesia Tahun 2024

- Advertisement -

Oleh: Dato’ Saiful Bahar, Penganalisa Politik

1. Sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri, Indonesia dikejutkan dengan pengumuman oleh Ketua Umum Parti PDI Perjuangan, Ibu Megawati Sukarnoputri, yang mengumumkan *GANJAR PRANOWO* sebagai Calon Presiden Indonesia untuk Parti PDI Perjuangan pada Pemilihan Presiden Indonesia yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2024.

2. Pengumuman ini mengejutkan semua pihak, Presiden Jokowi yang sudah berada di Solo untuk berhari raya terpaksa terbang ke Jakarta untuk menghadiri pengumuman Megawati Sukarnoputri dan terbang semula ke Solo selepas acara tersebut.

3. Seperkara yang amat menarik, siapa sebenarnya pilihan Jokowi ?

Akhir-akhir ini, jelas kelihatan Jokowi lebih selesa dengan Probowo Subianto iaitu Menteri Pertahanan didalam Kabinet Kerajaan Presiden Jokowi.

4. Presiden Jokowi kelihatan mahukan seorang pemimpin politik yang akan berupaya meneruskan Legasi dan Projek-Projek Pembangunan yang belum siap di zaman pemerintahan beliau (Jokowi), terutamanya Bandaraya Ibu Kota baru Indonesia, Nusantara yang berada di Kalimantan.

Manakala, Megawati pula mahukan seorang pemimpin Kader dari Parti PDI Perjuangan yang akan mendengar arahan parti PDI Perjuangan dan Ketua Umumnya (Megawati) iaitu Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Ganjar adalah seorang pemimpin muda berumur 53 tahun dan amat popular di Jawa Tengah yang padat dengan penduduk Indonesia.

*ANES BASWEDAN.*

5. Dengan pengumuman Ketua Umum Parti NASDEM, Surya Parlo 2 bulan yang lalu, bahawa Calon Presiden Indonesia mereka adalah Bekas Gabenor Jakarta iaitu *ANIES BASWEDAN* menjadikan Pemilihan Presiden Indonesia bertambah sengit dan menarik.

Terkini, Tiga Parti lagi iaitu *PARTI DEMOKRAT, PARTI PKS* (Parti Keadilan Sejahtera) dan *PARTI PAN* (Parti Amanat Nasional) sudah pun mengumumkan bahawa mereka akan menyokong pencalonan ANES.

Dengan sokongan EMPAT Parti ini, Anes Baswedan telah berjaya melepasi threshold minimal untuk menjadi Calon Presiden Indonesia.

Anes Baswedan yang baru berumur 53, adalah merupakan bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Kerajaan Presiden Jokowi (pada penggal pertama).

*PROBOWO SUBIANTO.*

6. Pada awalnya terdapat cubaan mahu mengaturkan Gandingan antara *GANJAR PRANOWO* dengan *PROBOWO SUBIANTO* dengan meletakkan Ganjar sebagai Calon Presiden dan Probowo sebagai Calon Wakil (Timbalan) Presiden.

Cadangan ini tidak dipersetujui oleh Probowo.

Probowo merasakan *PARTI GERINDA* cukup kuat untuk meletakkan dirinya iaitu Ketua Umum Parti Gerinda sebagai Calon Presiden Indonesia.

7. Walaupun Probowo pernah kalah 2 kali ditangan Jokowi untuk jawatan Presiden Indonesia, ini tidak menghalang Probowo untuk mencuba kali ke 3 pada 14 Februari tahun 2024 mendatang.

Probowo kini merupakan Menteri Pertahanan didalam Kabinet Presiden Jokowi.

*SANDIAGA UNO.*

8. Seperkara yang agak menarik ialah penarikkan diri Sandiaga Uno dari parti Gerinda untuk menyertai Parti PPP sebagai Ketua Umum PPP.

Sandiaga Uno pernah menjadi Calon Wakil Presiden pada tahun 2019 berganding dengan Probowo menentang Jokowi tetapi tewas.

Santiaga Uno juga pernah berganding dengan Anes sebagai Calon Wakil (Timbalan) Gabenor Jakarta dan menang.

9. Agak menarik untuk melihat siapa akan mendapat sokongan daripada Sandiaga Uno dan Parti PPP, samada Ganjar, Anes ataupun Prabowo ?

Dan siapa yang akan melamar Sandiaga Uno sebagai Calon Wakil Presiden Indonesia.

Sandiaga Uno pada ketika ini merupakan Menteri Pelancongan dan Creative Economy didalam Kabinet Presiden Jomowi.

*AIRLANGGA HARTARTO.*

10. Seorang lagi pemimpin yang amat dikenali iaitu Co-Ordinating Minister for Economic Affairs didalam Kabinet Presiden Jokowi yang juga merupakan Ketua Umum Parti Golkar.

Airlanggar dan parti Golkar sehingga hari ini belum lagi mengumumkan akan menyokong mana-mana Calon Presiden, walaupun kelihatan seperti cenderung akan menyokong Prabowo Subianto.

*CALON-CALON WAKIL (TIMBALAN) PRESIDEN INDONESIA.*

11. Dengan adanya 3 Nama yang amat jelas sebagai Calon Presiden Indonesia didalam Pemilihan Presiden iaitu ;

*GANJAR PRANOWO.*
*ANES BASWEDAN*
*PROBOWO SUBIANTO.*

Maka perhatian seterusnya menjurus kepada siapa bakal dipilih sebagai Calon Wakil Presiden mereka ?

Calon Wakil Presiden dilihat perlu membantu Calon Presiden untuk menang. Perlu popular dan bukan merupakan satu liability.

12. Antara nama-nama yang disebut ialah *AHY (Anak SBY)* iaitu Ketua Umum Parti Demokrat ; *ERICK THOHIR*, Menteri State Owned Enterprises ; *MAHFUD MD*, Co-Ordinating Minister for Political, Legal and Security Affairs ; *SANDIAGA UNO,* Menteri Pelancongan dan Creative Economy (Ketua Umum Parti PPP yang baru) ; *AIRLANGGA*, Menteri Economy Afairs (Ketua Umum Parti Golkar) ; Ridwan Kamil dan Gabenor Jawa Timur, Puan Khofifah Indar Parwansa.

13. Apa pun perjalanan Pemilihan Presiden Indonesia ini masih jauh dan berliku.

Februari 2024 masih jauh, macam-macam perkara yang tidak akan diduga masih boleh berlaku.

Ditunggu perkembangan selanjutnya.

Kredit foto: Wikipedia

Nota kaki: Penulis merupakan seorang Penganalisa Politik dan Polisi kerajaan untuk Badan Bebas Dan portal berita. Berpengalaman selama 18 tahun dalam perkhidmatan kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan dan Penasihat Khas kepada Menteri di 8 buah kementerian sejak 2008 sehingga 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat