Rai semangat lebaran

- Advertisement -

Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati meneruskan kesinambungan sajian kandungan menarik dengan menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa.

Tampil dengan kempen Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, musim perayaan adalah masa terbaik untuk meluangkan masa di samping keluarga tercinta dan sahabat handai sambil menonton pelbagai aneka program menarik di televisyen.

“Bagi meraikan semangat hari lebaran menerusi Kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’, Awesome TV menjanjikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang Syawal sebagai tanda penghargaan demi menambat hati para penonton yang tidak henti-henti menghulurkan sokongan sejak hari pertama kami beroperasi sehingga kini.

“Pengisian Syawal Awesome TV bakal dirancakkan dengan himpunan lebih 150 program istimewa yang disusun tanpa henti merangkumi pelbagai genre seperti kandungan hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, muzikal, sketsa, komedi, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa termasuklah filem-filem Bollywood, naskhah klasik malar segar serta banyak lagi.

“Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah dengan kehadiran Awesome TV yang akan setia menemani para penonton sepanjang Syawal. Selamat menonton,” katanya.

Bagi menghidupkan suasana malam raya, Awesome TV bakal mempersembahkan Konsert Mic On! Raya yang dijadualkan bersiaran pada jam 8.30 malam dengan penampilan istimewa Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie serta peserta program ‘Mic On!’ musim pertama dan kedua.

 

 

Telefilem hebat Takbir Semalam lakonan mantap Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa pula bakal menyusul pada jam 10.30 malam yang pastinya akan meruntun jiwa.

Lebih istimewa, Awesome TV memperkenalkan slot Ohsem Tele yang membariskan seleksi telefilem sarat dengan penceritaan menarik.

Pada hari raya pertama, naskhah hebat Jeman arahan sutradara tersohor Rashid Sibir bakal menemui penonton pada 3 Mei, jam 9 malam.

Selain itu, pelbagai telefilem segar turut disusun bagi mengisi slot yang sama pada setiap Ahad jam 9 malam.

Antaranya termasuklah Mat Ri Ye Pak Din Nawfal Nak Raya Syurga Nur Muhammad dan Kasih Yang Ternoda.

Khas untuk peminat drama Melayu tempatan, dua naskhah menarik bakal menanti anda bermula Syawal ini. Bahagian kedua drama bersiri Syurga Yang Kedua yang dibintangi Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan Dynas Mokhtar akan kembali menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam bermula 6 Mei ini.

 

 

Manakala drama Hantu Van Sewa 2 yang menampilkan Nasir Bilan Khan, Adam Shahz dan Bell Ngasri pula bakal mengambil alih slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam bermula 12 Mei ini.

Slot ‘Ohsem-Tainment’ pula bakal membariskan program-program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ dalam pelbagai genre seperti variasi, komedi, sketsa, dan bual bicara.

Antara program-program yang disajikan adalah ‘Perang Malam Ini Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Jawapan Panas 2’, ‘Rumah Insaf’, ‘Chit Chat Ustaz Raya’, serta ‘Ramadrama’ .

Istimewa untuk peminat genre komedi dan muzikal, Awesome TV turut memperkenalkan slot khas Konsert – Special Raya bermula pada hari raya kedua 4 Mei hingga hari raya kelima jam 2 petang dengan menampilkan program Lawak Ke Der edisi 2013, 2014, 2015 dan 2016 untuk mengubat kerinduan penonton.

Antara pelawak- pelawak tersohor tanah air yang menjayakan pementasan pentas komedi berprestij terbabit termasuklah Johan, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Jihan Muse, Sherry Al Hadad, Bocey serta Jambu.

 

BARISAN selebriti terkenal memeriahkan Majlis Tayangan Perdana Program-Program Raya Awesome TV 2022 baru-baru ini.
BARISAN selebriti terkenal memeriahkan Majlis Tayangan Perdana Program-Program Raya Awesome TV 2022 baru-baru ini.

 

Program Baik Punya Konsert akan turut menemui penonton pada 7 Mei ini jam jam 10 malam yang menampilkan nama-nama popular.

7Slot Ohsem Lejen akan menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 10 malam akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sepanjang musim lebaran ini seperti ‘Madu Tiga’, ‘Hang Tuah’, ‘Masam Masam Manis’ dan ‘Singapura Dilanggar Todak’.

Manakala slot Filem Kita pula turut membariskan koleksi filem tempatan menarik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga seperti Abang Long Fadhil, Cuci , Lemak Kampung Santan, Layar Lara dan Adnan Sempit Bahagian 1 hingga 3.

Slot ‘Malar Segar’ masih setia menemani penonton pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam pula bakal membariskan filem-filem menarik seperti ‘Ali Setan 1 & 2’ dan ‘Maria Mariana 1 & 2’.

Bukan hanya itu, slot Hindi Special yang merupakan antara pengisian paling ditunggu-tunggu oleh para penonton akan membawakan filem-filem Bollywood terhebat sepanjang bulan Syawal seperti ‘Mann’, ‘My Name Is Khan’, ‘Chori Chori Chupke Chupke’, ‘Aa Ab Laut Chalen’, ‘Na Tum Jaano Na Hum’ dan ‘Tere Naam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat