Keberadaan Kim Jong Un Terus Jadi Spekulasi

- Advertisement -

SEBUAH keretapi khas yang dikatakan milik pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilihat di sebuah resort di negara tersebut, menurut projek pemantau Korea Utara yang berpengkalan di Washington.

Projek yang dinamakan sebagai 38 North itu berkata, keretapi berkenaan diletakkan di “stesen kepimpinan” pada 21 dan 23 April. Stesen itu dikhususkan untuk keluarga Kim Jong Un kata kumpulan tersebut.

Keadaan kesihatan Kim mula menjadi spekulasi setelah media Jepun menyatakan bahawa pemimpin yang dianggar berusia 36 tahun itu, berada dalam keadaan tenat semasa menjalani proses pemulihan setelah menjalani pembedahan jantung.

Apabila Kim tidak kelihatan semasa sambutan harijadi datuknya yang juga pengasas Korea Utara, Kim Il Sung pada 15 April yang lepas, spekulasi mengenai kesihatannya jadi persoalan

Spekulasi yang mengatakan beliau telah mati, bertambah kencang apabila Kim sekali lagi gagal menghadiri satu lagi hari cuti umum negara itu sempena sambutan Hari Penubuhan Angkatan Tentera negara berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagaimanapun pada Khamis, menyifatkan laporan yang mengatakan pemimpin Korea Utara itu telah mati, sebagai tidak betul.

Laporan  dari media Korea Selatan yang memetik sumber perisikan negara tersebut pula mengatakan Kim Jong Un mungkin cuba mengelak dari berada dalam kelompok orang ramai untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Kehilangan Kim dari pandangan ramai bukan pertama kali berlaku. Pada tahun 2014, beliau ‘hilang’ selama sebulan dan kemudian muncul semula dengan menggunakan tongkat.

Spekulasi mengenai kesihatan akibat Kim kerap menjadi persoalan berikutan tabiat minum arak, merokok dan pertambahan berat badan yang mendadak setelah dilantik sebagai pemimpin negara berkenaan, serta sejarah sakit jantung dalam keluarganya – The Guardian

– SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat