PDRM Tawar 50 Peratus Diskaun Saman Hingga 11 April

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas saman-saman yang terpilih menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman mulai hari ini (25 Mac) hingga 11 April ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, portal dan aplikasi MyBayar Saman itu memudahkan orang ramai untuk melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian

“Dengan wujudnya MyBayar Saman, ia akan mengurangkan kebergantungan JSPT (Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik) kepada ejen kutipan swasta dan meningkatkan lagi kecekapan sistem perkhidmatan JSPT kepada orang ramai.

“Pengguna boleh membayar saman tanpa had masa dan sempadan, selain tidak dikenakan sebarang caj,” katanya pada majlis pelancaran sistem MyBayar Saman di Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, tawaran diskaun itu tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

Katanya lagi, sistem MyBayar Saman secara dalam talian itu selaras dengan dasar kerajaan iaitu menambah baik literasi digital, menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang 2022 di semua kementerian dan agensi kerajaan serta penetapan 80 peratus perkhidmatan kerajaan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

Bagi menggunakan perkhidmatan dalam talian MyBayar Saman, orang ramai boleh melayari portal rasmi https://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi melalui Google Playstore dan Apple Appstore.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat