Avitan Shalom dihukum penjara 7 tahun, mengaku bersalah miliki 200 peluru, 6 senjata api

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel Avitan Shalom dijatuhi hukuman penjara maksimum 7 tahun selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Zaki Mohd Salleh memutuskan demikian selepas menerima pengakuan bersalah lelaki yang memiliki syarikat pembekalan perubatan di New York berusia 39 tahun itu masing-masing satu pertuduhan utama dan pilihan.

“Selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap 28 Mac 2024,” katanya yang bersidang di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang, lapor Harian Metro pada Rabu.

Mengikut pertuduhan utama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.

Manakala bagi pertuduhan pilihan, Avitan didakwa memiliki enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat