Makan tembikai, timun antara petua sejukkan badan di musim panas

- Advertisement -

PETALING JAYA – Cuaca panas yang berlaku ketika ini disebabkan negara berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac depan.

Sehubungan itu, Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsiannya di kumpulan Telegram berkata, antara petua untuk sejukkan badan ketika berdepan cuaca panas adalah merendam kaki ke dalam air sejuk.

“Selain itu, minum air kelapa, perbanyakan makan tembikai, timun serta daun sederi.

“Boleh juga amalkan minuman berasaskan teh pepermint dan makan makanan berempah serta menyapu lidah buaya di seluruh badan untuk beri kesejukkan,” cadangnya.

Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan terdapat 11 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang di Kedah.

“Di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Tengah dan Kuala Kangsar di Perak.

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Beaufort.

“Keadaan tersebut menyebabkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan bersedia menghadapi cuaca panas, kering serta fenomena El Nino yang berlaku di negara ini.

Katanya, kementerian, jabatan dan agensi berkaitan akan mengambil tindakan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan berdasarkan Tahap Amaran dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).

“Jabatan dan agensi terlibat perlu sentiasa bersedia melaksanakan pemadaman kebakaran berskala besar secara serta-merta dan Operasi Pembenihan Awan sekiranya diperlukan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai.

“NRES dengan kerjasama kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan ‘whole of government approach’ bagi membanteras kebakaran tapak pelupusan sampah haram.

“Turut meliputi usaha menambah baik tindakan pencegahan kebakaran hutan dan belukar tanah gambut menyebabkan jerebu tempatan, menjejaskan kualiti udara negara serta kesihatan awam,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat