Hormati Kerajaan Perpaduan, tunggu pilihan raya jika nak tukar kerajaan – Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menukar kerajaan sebaliknya baginda meminta pembangkang untuk tunggu pilihan raya akan datang.

Sultan Ibrahim meminta semua pihak agar menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Ingin saya tegaskan di sini yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menguggat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada (yang) hendak bermain politik tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat