HONOR memperkenalkan Strategi Semua Senario Berkuasa AI Baharu di MWC 2024

- Advertisement -

Jenama teknologi global HONOR memperkenalkan strategi semua senario inovasinya dengan melancarkan pengalaman silang OS berkuasa kecerdasan buatan (AI) dan antaramuka pengguna berasaskan niat di pentas Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2024), hari ini.

HONOR turut melancarkan HONOR Magic6 Pro di peringkat global bersama komputer riba AI terbaharu HONOR MagicBook Pro 16. Kedua-dua peranti tersebut dilengkapi platform tahap AI HONOR yang mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan menumpu terhadap pemerkasaan berpusatkan manusia. Selain itu, HONOR memperkenalkan peranti pintar yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi global.

“Ketika kita melangkah ke era AI, HONOR berkomited untuk mencipta inovasi berpusatkan manusia yang menyediakan pengalaman lancer dan terbuka bagi memenuhi permintaan pengguna selain menyelesaikan masalah mereka. Kami berbangga mengumumkan pelancaran global telefon pintar dan komputer riba AI baharu HONOR yang mana peranti ini merevolusikan pengalaman pengguna menerusi kemampuan AI yang termaju dalam industri, sambil merentas sempadan dalam interaksi antara manusia dan peranti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd, George Zhao.

Teroka Keajaiban AI dengan HONOR Magic6 Pro       

HONOR Magic6 Pro adalah model terkini dalam flagship Siri HONOR Magic dan tampil dengan kecanggihan dalam fotografi, paparan, prestasi, dan pengalaman pengguna berkuasa AI.

Sejajar dengan komitmen dalam mengeluarkan inovasi yang berpusatkan manusia, HONOR memperkenalkan sistem operasi Android terbaharu MagicOS 8.0. Sistem ini menggabungkan sepenuhnya platform tahap AI HONOR dan mengetengahkan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri. HONOR sedang mengubah pengalaman pengguna dengan memperkenalkan pelbagai kaedah serba baharu untuk manusia berinteraksi dengan peranti pintar mereka.

HONOR Magic6 Pro menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal. Hanya dengan menyentuh pada banner pemberitahuan di bahagian atas skrin akan membesarkan Magic Capsule, seterusnya memaparkan maklumat tambahan dan pilihan berkaitan. Ciri ini membolehkan pengguna mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi, sekaligus meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Magic Portal pula adalah ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini mengubah tugas kompleks menjadi ringkas dengan hanya satu langkah. Sebagai contoh, AI Magic Portal segera mengecam alamat dalam mesej teks dan membawa pengguna terus ke Google Maps untuk navigasi mudah. Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang diingini.

Menerusi bekerjasama HONOR dengan rakan kongsi dan pembangun aplikasi, Magic Portal dapat menyokong lebih 100 aplikasi paling kerap digunakan pengguna di seluruh dunia. Ini bagi memudahkan pengguna menggunakan sepenuhnya potensi Magic Portal dengan aplikasi kegemaran mereka.

Inspirasi Amalan Kecerdasan Buatan

HONOR aktif bekerjasama dengan rakan industry untuk membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai. Sebagai preview peluang masa depan yang berpotensi, HONOR memperkenalkan AI dalam peranti dengan LlaMA 2 open-source di dalam HONOR Magic6 Pro. Ciri ini bagi menyelesaikan beberapa fungsi seperti soalan, jawapan, penciptaan teks, dan pemahaman bacaan di persekitaran luar talian. Kolaborasi seperti ini di dalam industri membuka masa depan yang lebih imajinatif untuk pengguna.

Dalam pada itu, HONOR turut menunjukkan kemungkinan penjejakan mata pada telefon pintar pada masa depan dengan mengawal kereta secara hands-free menggunakan sistem penjejakan mata berkuasa AI HONOR Magic6 Pro. Konsep yang masih di peringkat eksperimen ini menunjukkan bagaimana interaksi antara telefon pintar pertingkat AI dan kenderaan melampaui kawalan skrin atau suara.

Nikmati Pengalaman Fotografi Sukan Profesional dengan Sistem Kamera Falcon HONOR Berkuasa AI

Memandangkan pelbagai temasya sukan bakal dianjurkan sepanjang tahun ini, HONOR menjadikan fotografi sukan sebagai keutamaan. HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Falcon HONOR dengan tangkapan kelajuan dan gambar lebih jelas yang dipertingkatkan.  Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya.

HONOR AI Motion Sensing Capture adalah algoritma tangkapan AI canggih yang mampu meramalkan dan menangkap momen penting dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu meliputi pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri. HONOR Magic6 Pro peranti ideal untuk merakam momen mengujakan di acara sukan dan perlumbaan.

HONOR Magic6 Pro didatangi dengan Lensa Kamera Tele-falcon 180MP luar biasa (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5x dan zoom digital sehingga 100x. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan terbaik.

Paparan Tiada Tandingan dengan Pelindung NanoKristal HONOR

Menampilkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri setakat ini, HONOR Magic6 Pro menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan. Disahkan pensijilan Keupayaan Rintangan Kaca Keseluruhan Lima Bintang SGS bagi pelbagai senario, paparan HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada material canggih penambahbaikan 50% dalam ketumpatan kristal. Peningkatan ini menghasilkan keupayaan penyerapan hentakan sehingga 10 kali ganda lebih besar berbanding kaca biasa[1].

Selain ketahanan, HONOR Magic6 Pro mempunyai Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat[2] 6.8-inci, Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri, Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia Boleh Disesuaikan dan ciri Nada Alam Semula Jadi.

Prestasi Berkuasa Didorong Inovasi Rentas Industri

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 yang membawakan peningkatan 30% dalam prestasi CPU dan 25% dalam prestasi GPU.  Enjin AI Qualcomm® melancarkan dan menstabilkan ciri AI dalam HONOR Magic6 Pro, seterusnya mencapai peningkatan 98% berbanding model sebelumnya. Cipset ini memberikan pengalaman permainan menakjubkan dengan kecekapan bateri selain dilengkapi kecanggihan yang mentakrifkan prestasi berkuasa[3].

Menyedari kepentingan jangka hayat bateri, HONOR menggunakan Bateri Karbon Silikon generasi kedua yang diinspirasikan daripada kenderaan elektrik dan cipset HONOR E1 untuk menambahbaik prestasi HONOR Magic6 Pro. Bateri kapasiti besar 5,600 mAh[4] ini dapat menahan suhu yang sangat rendah, malah pengguna masih dapat memainkan YouTube selama 81 minit[5] dengan bateri pada 10% di persekitaran suhu -20 darjah selsius. Disokong pengecasan pantas 80W HONOR Wired SuperCharge dan pengecasan wayarles 66W HONOR Wireless SuperCharge[6], bateri HONOR Magic6 Pro mampu mencapai 100% dalam masa 40 minit[7] sahaja.

Kecanggihan teknologi bateri HONOR Magic6 Pro melayakan peranti ini menduduki tempat pertama dalam penarafan bateri global DXOMARK dengan skor tertinggi 157.  Peranti ini dianugerahkan lima label pertama DXOMARK pada tahun ini untuk kamera, audio, paparan, bateri dan keupayaan swafoto yang cemerlang. 

Manfaatkan AI untuk Mencipta Pengalaman Saling Berkait Semua Scenario

Selain telefon pintar, HONOR melancarkan komputer riba berkuasa AI terbaharu, HONOR MagicBook Pro 16 yang membawakan pengalaman PC semua senario dan kolaborasi merentas OS dengan mudah.

Platform tahap AI HONOR dengan gabungan CPU dan GPU tercanggih pada HONOR MagicBook Pro 16 memudahkan pengguna berkongsi maklumat dan menyelaraskan material kepada semua telefon pintar, komputer riba dan tablet HONOR dengan mudah menerusi MagicRing.

Bagi menambah lagi pengalaman semua senario, HONOR turut mengeluarkan tablet terbaharu HONOR Pad 9 yang mempunyai Paparan FullView[8] HONOR 12.1 inci 2.5K dengan kadar segar semula[9] 120Hz. Tablet ini turut dilengkapi lapan pembesar suara daripada teknologi penalaan bunyi HONOR Histen. HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman pengguna luar biasa serta menonjol dengan reka bentuk tersendiri.

HONOR Magic6 RSR Porsche Design

Selain melancarkan telefon boleh lipat eksklusif HONOR Magic V2 RSR Porsche Design di MWC, syarikat ini turut memperkenalkan HONOR Magic6 RSR Porsche Design. Edisi khas ini turut mengetengahkan ciri-ciri Porsche Design.

Warna dan Harga

HONOR Magic6 Pro direka bagi individu yang menggemari gaya moden dan elegan. Peranti ini ditawarkan dalam warna hitam Black and hijau Epi Green pada harga 1,299 Euro (12+512GB).

HONOR Magic V2 RSR pula berharga 2,699 Euro dan boleh didapati dalam warna Agate Grey (16GB+1TB).

Manakala HONOR MagicBook 16 Pro didatangi dalam warna putih White dan hitam Midnight Black akan tersedia di pasaran mulai suku kedua 2024.

Sementara HONOR Pad 9 akan dijual pada harga 349 Euro.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR di  https://www.hihonor.com/my/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat