Siri Oppo Reno8 T 5G serlah nafas baharu kelas pertengahan premium

- Advertisement -

JENAMA telefon pintar OPPO tidak asing lagi di peringkat global dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

Menjadi antara syarikat telefon pintar terlaris di dunia, OPPO sentiasa mewujudkan penambahbaikan dalam setiap siri peranti yang dilancarkan dalam memastikan pengalaman pengguna yang terbaik.

Menerusi tiga generasi terakhir, siri OPPO Reno mula memfokuskan peranti dengan fungsi lebih kompetitif melalui inovasi pengimejan yang unik.

Selain kualiti pengimejan yang dipertingkatkan, siri Reno terbaharu juga menampilkan reka bentuk lebih bergaya dan peningkatan lain yang mampu membawa nafas baharu kepada telefon pintar kelas pertengahan.

1. Reka bentuk skrin melengkung 

Telefon Oppo ini dimuatkan dengan skrin lengkung mikro pada bahagian hadapan dan belakang dan kebiasaannya ciri ini hanya tersedia pada telefon pintar siri mercu pada harga lebih tinggi.

Reka bentuk siri Reno8 T 5G juga menampilkan skrin melengkung 3D pada sudut 56 darjah tepat memberikan pengguna cengkaman selesa yang mampu mengurangkan salah sentuh skrin dan meminimumkan kerosakan skrin.

Hadir dengan paparan HD+ Penuh 6.7 inci, paparan AMOLED 10-bit dan kadar penyegaran semula paparan 120Hz, pengguna dapat merasai pengalaman penggunaan lebih mengasyikkan.

Mempunyai resolusi paparan 1080×2412 piksel, peranti ini turut dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695 5G dengan 8GB RAM dan storan sehingga 128GB.

2. Kamera potret 108MP

Mengekalkan identiti sebagai Pakar Potret, Reno8 T 5G dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP, 40 kali ganda microlens dan kamera kedalaman 2MP serta kamera swafoto 32MP untuk pengalaman fotografi yang dipertingkatkan sepanjang masa.

Selain itu, dengan kelebihan Kamera Potret 108MP, gambar yang ditangkap akan kekal jelas sekiranya di zum atau disunting sekiranya gambar terlalu jauh.

Dengan teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO, Kamera Potret 108MP mampu merakam imej ultra-jelas beresolusi tinggi dalam pelbagai keadaan.

Pembesaran 40 kali ganda Microlens juga menawarkan perincian yang luar biasa untuk pengguna apabila meneroka dunia mikroskopik di luar mata kasar.

3. Pengecasan pantas

Siri baharu OPPO turut menambahbaik pengecasan pantas dan bateri, memberikan Reno8 T 5G kemampuan pengecasan sehingga 100 peratus dalam masa 44 minit menggunakan 67W SUPERVOOC.

Manakala, pengecasan selama lima minit pula membolehkan pengguna menikmati 5.5 jam penggunaan bagi panggilan telefon.

Perlindungan pengecasan lima lapisan pada Reno8 T 5G pula akan memastikan keselamatan keseluruhan proses pengecasan daripada penyesuai pengecasan kepada kabel pengecas dan bateri.

Kerjasama atlet negara Lee Zii Jia 

OPPO juga tidak melepaskan peluang menjalin kerjasama bersama atlet negara Lee Zii Jia menerusi acara jualan yang dilaksanakan pada 11 Februari lalu.

OPPO memberi peluang kepada pembeli terpilih OPPO Reno8 T 5G untuk sesi ramah mesra eksklusif bersama Lee Zii Jia.

Selain itu, pelanggan terawal turut berpeluang membawa pulang set kotak Lee Zii Jia edisi terhad, lengkap dengan sarung telefon bertanda tangan dan kad foto eksklusif.

Dapatkan sekarang!

OPPO Reno8 T 5G kini tersedia untuk pembelian menerusi kedai OPPO, My OPPO Space, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan kongsi e-Dagang dan pengedar sah bermula 11 Februari hingga 12 Mac 2023.

Hadiah percuma bernilai RM377 termasuk Enco Buds2 (bernilai RM129), perlindungan skrin selama satu tahun (bernilai RM139) dan jaminan lanjutan satu tahun (bernilai RM109) menanti anda!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat