“Terbukti surat Ahmad Maslan tak menderhaka”– Puad bidas Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Surat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menggesa Yang di-Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen pada 18 Januari lalu terbukti bukan sebagai cubaan menderhaka terhadap Seri Paduka Baginda seperti yang ditafsir Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, dalam kenyataan media itu Yang di-Pertuan Agong juga menjelaskan adalah tidak tepat tanggapan pihak tertentu kononnya proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang.

“Semoga Tan Sri Annuar Musa faham perkara ini. Jelas surat Ahmad Maslan tidak silap.

“Dengan sendiri menolak tuduhan Annuar bahawa mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk sidang khas Parlimen dianggap “menderhaka”,” kata Puad.

Bulan lalu, Ahli parlimen Ketereh itu berkata surat yang ditulis oleh ahli Parlimen Pontian bertarikh 18 Januari itu satu usaha jelas bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan oleh ahli Parlimen.

Annuar yang memuat naik surat yang ditulis kepada Ahmad di Twitter turut mendakwa tindakan berkenaan tidak pernah dibincang atau diputuskan oleh parti.

Bahkan menurut Puad, kenyataan media Istana Negara itu menjelaskan, perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat Perdana Menteri berkenaan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 semata-mata sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa.

“Fahamlah rakyat sekarang. Semoga Perdan Menteri tidak berdolak dalik. Semoga YB YB bila dah bersidang nanti janganlah bergaduh kenapa Rina Harun makin cantik dan ramping,” usik Puad.

Ujar beliau, keperihatinan Agong agar demokrasi di Malaysia terus subur disanjung tinggi oleh rakyat.

“ Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Tuanku “atas nasihat Perdana Menteri”.

“Justeru diharap Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh YDP Agong. Ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021,” tegasnya. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat