Selepas iPad Air, Apple Dijangka Bakal Perkenalkan iMac Dengan Lima Pilihan Warna

- Advertisement -

Apple berjaya mencipta fenomena menerusi pengenalan cip Apple M1 yang dikhsuskan buat desktop serta komputer riba keluaran Apple. Cip yang berkuasa tinggi serta menggunakan tenaga elektrik yang rendah ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai teruja untuk mendapatkannya.

Terbaharu, selepas berjaya mengeluarkan beberapa model komputer riba yang menggunakan cip Apple M1, syarikat ini nampaknya sedia meluaskan jaringan penggunaan cip terbaru menerusi model-model lain keluaran mereka.

Antara model terbaru yang bakal hadir dengan cip Apple M1 serta dilengkapi dengan rekaan serba baharu adalah Apple iMac. Menerusi model Apple iMac keluaran 2021, Apple dijangka bakal mengembalikan nostalgia model iMac G3 dengan penawaran pelbagai warna buat para pengguna.

ezgif-4-4cb6ca4cb6f1

SUMBER: FPT

photo6176967939169823681

SUMBER: JON PRESSOR

Sebanyak lima warna telah ditawarkan dan kesemuanya adalah sama seperti yang pernah ditawarkan pada Apple iPad Air sebelum ini. Pada bahagian hadapan iMac generasi terbaru, dapat dilihat rekaan bezel yang lebih nipis antara yang ditawarkan.

Model terbaru Apple iMac ini dijangka bakal diumumkan Apple seawal bulan Mac ini bersama beberapa lagi model lain. Sama-sama kita nantikan selanjutnya daripada Apple harga rasmi bagi model keluaran terbaru ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat