PAS Perlu Ajak PAN Bekerjasama Hadapi PRU15 : Nazir Hussin

- Advertisement -

SABAK BERNAM – Pemuda UMNO secara sinis meminta PAS mengajak Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, AMANAH juga perlu ada dalam hubungan kerjasama itu sekiranya ingin melihat penyatuan ‘Melayu Islam’ terbentuk.

“Saya menyambut baik saranan PAS untuk mengajak Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam kesatuan ini, tetapi jemputlah AMANAH kerana mereka juga parti Melayu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berharap ketiga-tiga parti Melayu iaitu PAS, UMNO dan BERSATU dapat bersama serta bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazir Hussin berkata, PAS juga boleh mencadangkan nama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sebagai calon Perdana Menteri.

“Jangan pandai mengajak tiga parti ini sahaja, jemputlah AMANAH masuk sekali,” katanya lagi.

– SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat