14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba

- Advertisement -

Keindahan bumi Jepun tidak terhad kepada bandar Tokyo sahaja tetapi seluruh negara. Tidak ramai pelancong dari Malaysia yang berkongsikan keindahan Tohoku Region yang terletak di bahagian utara Jepun.

Terdapat 7 daerah utama di bahagian Tohoku ini dan kawasan ini sangat dikenali dengan keindahan perkampungannya, bukit, tasik, kolam air panas serta salji.

Sebenarnya terdapat pelbagai tarikan di bahagian Tohoku ini tetapi kami kongsikan 14 hidden gem utama yang ada di sini dan setiap satunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

1. Ojiya Chijimi, Niigata Prefecture

japan 1

CARA PEMBUATAN TEKSTIL OJIYA CHIJIMI (KREDIT GAMBAR: SORANEWS24)

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar perihal kain tekstil ojiya chimiji ini. Diperbuat daripada ramie (sejenis fiber seperti linen) kain yang diperbuat dengan tangan ini merupakan produk kebanggaan penduduk di bandar Ojiya.

Mana tidaknya, pembuatan tekstil ini sudah wujud sejak berkurun lamanya. Pelancong dari seluruh dunia akan ke bandar ini untuk melihat sendiri pembuatan tekstil ojiya chimiji kerana prosesnya sangat rumit. Benang ramie akan mudah terlerai jika udara sekitarnya kering. Jadi ia akan lebih mudah untuk dibentuk dengan adanya salji.

Kimono berkualiti tinggi menggunakan tekstil ramie kerana ia dapat kering dengan cepat serta sangat selesa untuk dipakai.

2. Matsudai Shibatouge Onsen Unkai, Niigata Prefecture

japan 2

Mandi di kolam air panas terutamanya ketika musim sejuk merupakan satu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Matsudai Shibatouge Onsen Unkai merupakan antara lokasi kolam air panas yang popular. Dengan berlatarkan pemandangan indah pergunungan Uonuma dan berkabus, ia akan beri anda ketenangan serta feel yang tidak dapat dilupakan.

Mandi di kolam air panas dikatakan mempunyai healing factor di mana ia dikatakan dapat mengurangkan ketegangan otot, lebam pada pada, kegatalan pada kulit serta melancarkan perjalanan darah dalam badan.

3. Gala Yuzawa in Yuzawa Town, Niigata Prefecture

japan 3

Buat anda yang teringin bermain salji, Gala Yuzawa adalah antara lokasi menarik di sini dan dibuka seawal 8:00 pagi. Ia terletak 200km dari Tokyo dan boleh diakses terus dengan bullet train dari Tokyo. Gala Yuzawa merupakan satu-satunya ski resort yang boleh diakses terus dengan bullet train dan biasa dijadikan day trip oleh pelancong.

Saljinya yang halus di samping pemandangan yang cantik menjadi antara sebab mengapa Gala Yuzawa menjadi pilihan ramai ketika musim sejuk. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dibuat di sini bermula daripada peringkat amatur, kanak-kanak sehinggalah profesional.

4. Zao Onsen Ski Resort, Yamagata Prefecture

japan 4

Sebuah lagi lokasi ski resort yang menjadi tumpuan pelancong jika ke bahagian utara Jepun. Zao Onsen mempunyai sejarah yang hebat dan dikatakan telah ditemui sejak abad ke-2 (AD 110). Zao Onsen sehingga kini kekal menjadi antara salah satu pergunungan yang popular di Jepun.

Lokasi ini kaya dengan pergunungan serta hutan yang cantik dan dengan kereta kabel yang ada di sini, anda dapat menikmati keindahan sekitarnya dengan lebih teliti. Ketika musim sejuk, anda berpeluang untuk melihat ‘Snow Monsters’, kejadian pokok yang disalut dengan ais atau salji sepenuhnya. Sesuatu yang jarang berlaku di mana-mana tempat di Jepun!

5. Cold Cod-Jiru of Yamagata Prefecture

japan 5

SUMBER GAMBAR: JAPAN MINISTRY OF AGRICULTURE, FORESTRY AND FISHERIES

Ini pula hidangan lokal yang unik di wilayah Yamagata. Untuk hasilkan hidangan ini, mereka akan menggunakan ikan kod besar bersaiz 7-10kg. Setiap bahagian ikan kod akan digunakan untuk menghasilkan hidangan ini.

Bahagian hati ikan kod akan dididihkan untuk dibuat miso dan shirako (telor ikan) kemudiannya ditambah untuk menambah perisa pada juadah ini. Hidangan ini sebenarnya boleh dimakan sepanjang tahun tetapi ia akan jadi lebih sedap sekitar musim sejuk kerana hampir dengan spawning season ikan kod.

6. Dondendaira Snow Park, Yamagata Prefecture

japan 6

Dondendaira Snow Park boleh dikatakan spot bermain salji baharu di wilayah Yamagata. Dibuka pada tahun 2012, ia mula mendapat perhatian snowboarder serta pemain ski yang mahu mencari ‘cabaran baharu’.

Disebabkan lokasi ini boleh dikira baharu, aktiviti yang ditawarkan di sini juga sangat menarik. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah snow mobilebanana boat di atas salji, snow slider di atas tayar dan snow ball strike untuk anda yang mahu ‘perang salji’ dengan rakan!

7. Hakkoda Ropeway, Aomori Prefecture

japan 7

Untuk tarikan yang lebih vintaj, Hakkado Ropeway adalah lokasinya kerana laluan gondola ini sudah siap terbina sejak October 1968 dan beroperasi dengan baik sehingga ke hari ini.

Gondola di sepanjang ropeway ini telah diganti pada Mei 2003 dan dari aspek keselamatan, tiada apa yang anda perlu risau. Anda boleh bermain ski di sini bermula dari bulan November hingga Mei.

Ketika bukan musim salji, pemandangan di sini memang sangat berbeza dan sekiranya sampai di atas dan anda mahu berjalan kaki turun ke bawah, tiada masalah kerana ada laluan untuk anda berbuat demikian yang mengambil masa sekitar 30-60 minit (ketika bukan musim sejuk).

8. Stove train of Tsugaru Railway Company, Aomori Prefecture

japan 8.5

Menaiki kereta api ini bakal menjadi 45 minit yang anda tidak dapat lupa! Itulah keistimewaan Stove Train milik Tsugaru Railway Company. Perjalanan sejauh 20.7km ini dari Goshogawara Station ke Tsugaru Nakazato Station juga mempunyai tema yang berlainan mengikut musim di Jepun.

japan 8

TUNGKU ARANG BATU UNTUK HANGATKAN GERABAK DAN PANGGANG SOTONG!

Tetapi Winter Stove Train adalah yang paling menarik antara semua. Gerabak gaya tradtional dengan pemanasan traditional menggunakan arang batu adalah keistimewaan kereta api ini. Ketika kereta api menyusuri pemandangan cantik, anda akan kekal hangat dan selesa.

Anda juga boleh makan sotong kering yang dimasak di atas tungku arang batu ini. Memang sesuatu yang best bila dapat makan benda panas ketika cuaca sejuk.

9. Oirase Gorge Icefall night tour, Aomori Prefecture

japan 9

Teringin melihat keadaan hutan ketika musim sejuk? Oirase Gorge Icefall adalah salah satu lokasi yang menawarkan tour seperti ini.

Di sini, anda dapat melihat dan merasai suasana hutan yang tenang yang dicerahi dengan lampu berwarna warni. Ia ibarat anda melangkah ke ‘alam fantasi’, sesuatu yang anda sebelum ini mungkin lihat dalam filem aksi Hollywood sahaja.

10. Sumikawa Snow Park, Miyagi Prefecture

japan 10

Jika anda rasa setiap lokasi snow park adalah sama, anda salah kerana setiap satu lokasi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Selain bermain ski, keiistimewaan Sumikawa Snow Park adalah snowcat vehicle tours, di mana anda akan menaiki kenderaan bewarna hijau menyusuri Mount Zao. Pemandangan yang ada di sini lain daripada yang lain.

Jika anda tiba bukan ketika musim sejuk, anda boleh camping di sini dan set peralatan BBQ juga boleh ditempah oleh pelancong.

11. Matsushima / (Kakinabe) Oyster Pot Cruise in Miyagi Prefecture

japan 11

Anda suka makan oyster? Di Matsushima, mereka menawarkan servis cruise sambil anda makan oyster segar yang cuma boleh didapati di sini sahaja.

Matsushima dikenali dengan oysternya yang kecil tetapi mempunyai rasa serta isi yang padat. Sambil anda makan di atas cruise, sambil anda lihat keindahan laut Matsushima.

12. Naruko Hot Spring, Miyagi Prefecture

japan 12

Ini juga merupakan salah satu lokasi air panas yang popular di Tohoku. Kolam air panas ini yang terletak di kawasan pergunungan menjadi tumpuan pelancong kerana pelbagai aktiviti dapat dibuat sepanjang tahun.

Pelancong juga dapat menikmati keindahan lokasi ikonik Naruko-kyo Gorge apabila tiba di sini. Naruko-kyo Gorge merupakan tebing setinggi 100 meter di mana pelancong dapat melihat keindahan muka bumi di sini dari atas dengan 4 musim berbeza: daun hijau ketika musim bunga, udara yang nyaman ketika musim panas, warna daun yang pelbagai ketika musim luruh dan hutan dilitupi salji ketika musim sejuk.

13. Sakunami Hot Spring, Sendai

japan 13

Sakunami Onsen merupakan sebuah lagi kolam air panas yang terletak di Sendai. Onsen ini lebih popular dalam kalangan wanita kerana air di sini dikatakan dapat merawat serta memberikan kulit yang lebih cantik dan lembut buat wanita.

Sejak dibuka pada tahun 1796, Sakunami Onsen telah dilawat oleh ramai orang termasuk public figure dari seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Untuk bermalam di sini, anda boleh memilih hotel gaya traditional atau moden di sini yang tetap menawarkan air panas yang mengalir terus dari punca mata air.

14. Spring Valley Sendai Izumi Ski Resort

Spring Valley Sendai Izumi Ski Resort

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Spring Valley Sendai Izumi Ski Resort adalah lokasi untuk bermain ski paling popular dalam kalangan pelancong dan juga warga tempatan. Mengapa? Kerana aktiviti di sini lengkap untuk seisi keluarga tidak kira usia.

Lokasinya yang terletak di cerun Mount Izumigatake dan tidak terlalu tinggi memjadikan ia satu lokasi ideal untuk anda yang pertama kali mahu bermain salji. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga food court untuk anda makan ramen, pizza, makanan bergoreng, sweets dan minum kopi.

Spring Valley Sendai Izumi Ski Resort dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Apa cara terbaik untuk lawat semua lokasi ini?

Jika anda berada di Tohoku, membeli tiket bas Tohoku Highway Bus Ticket adalah sangat berbaloi kerana anda boleh menaiki mana-mana highway bus dan local bus secara unlimited selama dua atau tiga hari!

tohoku

Dengan tiket bas ini, anda dapat pergi ke 7 wilayah di Tohoku iaitu Aomori, Akita, Iwate, Yamagata, Miyagi, Fukushima dan Niigata. Jika anda tidak mahu bermain ski tetapi hanya mahu menikmati keindahan kawasan Tohoku ketika musim sejuk, ini adalah pilihan paling jimat dan menyeronokkan!

Wilayah Tohoku sememangnya satu lokasi yang menarik untuk anda terokai. Pastikan lokasi ini masuk dalam checklist anda apabila pergi ke Tokyo kelak. Mungkin ada antara anda yang akan ke sana untuk Tokyo Olimpics Games kelak, alang-alang lajak terus ke wilayah Tohoku. Selamat mengembara!

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat